mycard n mykid

Ramadhan ketiga sudah. Alhamdulillah. Pagi ni kak M hampir terbabas bagun sahur..mujur masa sedar tu jam 5.20am dan laum berbuka tu cuma nak panaskan jer..aiii masuk microwave ajer lah.

Ramadhan pertama dan kedua kak M amik cuti. Biasa dah jadi tradisi puasa yang petama akan berbuka di rumah bonda mertua.

Puasa kedua kak M tankan suami berurusan di pejabat pendaftaran negeri. Suami buat mycard baru. Mudah saja rupanya. Hanya perlu bayar 10 dan siap dalam masa satu hari sahaja.


Kebetulan ke pejabat pendaftaran jadi kami amik peluang untuk mohon mykid untuk Danish dan Nuha juga. Dorang kan lahir di UK jadi masa di sana takder lah mykid. Bila balik Malaysia ni macam leceh juga doj usung pasport dan surat beranak everytime nak naik flight. Kalau dah ada mykid tu lebih mudah.

Cuma untuk mykid ni ambil masa 2 minggu juga utk siap sebab permohonan peely di bawa ke outrajaya dulu. Apapun perkhidmatan di pejabat pendaftaran Shah Alam ni memanglah terbaik.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick