Followers

Sunday, July 7, 2013

Menu biasa biasa ajer

Pagi ni sekali lagi kak m berlari lari anak keliling tasik. Alhamdulillah terasa sangat kesegarannya. Lebih kurang 20minit habis satu pusingan. Kak terus ke kedai pak aji beli bahan mentah untuk masak hari ni.


Alahai masakan biasa biasa ajer. Kak M ni biasanya pentingkan apa yang anak anak dan suami suka makan. Yer lah kan kalau masak org tak suka lauk tu apa gunakan. Jadi masa kat kedai pak Aji tu memang dah terlintas dalam hati untuk menu hari ni kak M nak masak kari ayam, ikan kembong goreng dan sayur kacang sama sotong.

Mujurlah semua bahan bahan mentah tu ada di kedai pak aji. Jadi kak M cuma perlu pilih yang segar segar ajer.


Memula tu nak cari ikan selar kuning sebab boss suka kalau ikan selar kuning tu di goreng. Tapi tak der pula. Tak per kita goreng ikan kembong jer. Kalau kat Kedah kita panggil ikan yermenung. Mungkin sebab mata nya yang besar dan macam sedang sentiada termunung je..hehhe..

Ikan goreng ni lagi sedap kalau kena dengan sambal belacan. Tapi emamng kak M tak plan pun utk sambal belacan. Biasanya kalau buat sambal belacan memang tak habis. Jadi kak m biasanya beki jer sikit dari kedai makan. Tapi kalau tak der pun tak per seabab kari pun dah pedas.

Sebagai sayurnya kak M kenakan kacang panjang dan sotong. Memang satu gabungan yang baik. Memang dah lama juga tak masak kacang sama sotong ni. Tapi kebelakangan ni banyak juga masa terluang dan otak pun lebih lapang nak memikirkan menu harian. 


Ha kan dah lengkap semuanya. Tunggu nasi jer masak then boleh makan terus. Alhamdulillah beginilah rezeki hari ni. Seawal 10.30 pagi  kak M dah siap masak dan sekarang kak M nak siap ke pejabat.

Selamat menjamu selera semua.






2 comments:

Anonymous said...

ya ampun.. Nampak sedap kari tu.. nk mintak resepi boleh ker?

Emma Marinie said...

Alahai kari ayam biada biasa ajer. Kak M guna remlah kari babas sedari dulu...macam biasa rempah , bawang merah dan bawang putih serta halia dimesin sekali. Tumiskan bawang putih dan rempah ratus seperti buah pelaga, bunga lawang, kayu manis dan dauh kari hingga naik bau dah masukkan bahan meain hingga pecah minyak. Kemudian masukkan kentang dan ayam, tuangkan secawan air dan rasanya manis dan masinnya. Kari ji kak M tak letak santan oun. Kalau nak letak pun boleh saja. Selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...