Followers

Monday, July 22, 2013

Kembara mencari balang kuih


Semakin hampir ke Aidil Fitri semakin banyak perkara terlintas di kepala. Serba serbi tak lengkap. Hari ni kak-M kembara mencari balang kuih untuk Adik Ipar. Kak-M punya pun lebih kurang macam ni juga.

Balang ni keluaran Cosway. Senang bekas macam ni. Selain ianyanya adalah kedap udara, tapi yang lebih penting ianya bukan kaca. Haaa.. tahu sajalah bila ada anak-anak kecik yang sedang meningkat besar, memang lasaknya tahap gaban. Hehe, jadi produk dari plastik macam ini adalah lebih sesuai.

Pencarian bermula di Seksyen 7, dan berakhir di SImpang Pulai Klang. Kami singgah di Seksyen 13 Tesco untuk tengk kalau kalau ada stok. Malangnya tiada, maka kamu terus ke SImpang Pulai, Klang. Masuk jer pintu...waweeee Alhamdulillah ada barang ni, jadi lengkaplah dengan yang separuh dapat di Sesyen 7 tadi.

Okay, Adik Ipar tahun ni pasti hidangan kuih raya yang lebih banyak lah yer,,,heee

Salam Aidil Fitri dari Kak -M sekeluarga

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...