Followers

Tuesday, July 9, 2013

Jadikan ia amalan...

Salam siaran buat semua blogger di luar sana. Semoga kalian berada dalam kesihatan yang baik di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kebelakangan ini kak M memang lah tersangat sibuk..hehe..ayat ni memang biasa..mana ada masa yang tak sibuk kan. In syaa Allah pertengahan Ramadhan nanti kak M akan punya banyak masa yang terluang dan dikala itu dapatlah kak M habiskan masa memblog.

Saat ini kak M dah anak anak baru siap kemas kemas rumah. Begini lah kiranya rurin kami anak beranak. Daddy memang selalu pulang lewat jadi mengisi masa terluang bersama anak anak ni memang sangat berharga. 


Macam biasa setiap orang akan dapat tugasan masing masing. Abang Danish kena kemas buku buku dan meja study. Sara nuha tolong sapu sampah dan lap dan Ahmad akan kutip all the toys masukkan dalam kotak.... hee bukan keeja berat pun. Kak M akan monitor semuanya dan akan nasuh bilik air serta mop lantai. Walaupun tidak begitu komprehensif tapi ianya adalah satu amalan fizikal yang dapat metih diri agar sentiasa disiplin dan sukan akan kebersihan. 

Pesan kak M pada anak anak " kita kena selalu jadikan rumah ini bersih dan kemas, nanti Daddy sampai rumah dari kerja baru lah Daddy happy. KalauDaddy happy nak minta apa pun mesti Daddy akan belikan.." heee politik lah sikit kan..

Apapun sebenarnya kita sendiri lun pasti akan terasa nyaman, selesa dan sihat bila berasa dalam kawasan yang bersih dan kemas.. betul tak...?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...