Ibadah di bulan yang mulia

Hari ni hari pertama puasa. Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah di atas segala.nikmat dariMu.

Kak M bangun seawal 5pagi untuk menyediakan juadah bersahur. Hehe bukanlah juadah sangat, cuma nasi goreng kampung sahaja. Itulah permintaan anak bujang dan suami
kakM. Memang di kalau sebelum subuh ini memang kurang selera makan. Biarpun hanya segelas air sahur itu adalah sangat penting kerana ianya adalah sunnah.

Kalau dah puasa namanya makanlah apapun tetap akan terasa lapar. Bagi kak M segelas shake pun sudah memadai dan kak M minum dua gelas air kosong serta supplement
seperti setiap hari.

Selesai semua bersahur kak M tidak terus tidur Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk terus berjaga. 10minit lagi menanti azan subuh.


Selesai sholat subuh, kak M ambil kesemlatan untuk mengaji AlQuran. Biarpun hanya 2 mykasurat ianya tetap suatu pengisian yang penuh barakah
 Jiwa pun tenang dan bersih menghayati ayat ayat Allah.

Bila dah selesai semuanya barulah kak M mula membaca laman sosial, FB dan blog. In syaa Allah ibadah ini akan diteruskan untuk hari hari mendatang. Semoga kita semua beroleh barakah darinya.Amin.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick