Fenomena Candy Crush Saga....apa yang tak kena?

Percaya atau tidak kita kena terima kenyataan yang candy crush game ni dah jadi fenomena hebat di kalangan kita masa kini. Tak kira lah dari kanak kanak sekolah rendah sampailah dewasa yang dah bermenantu..hehe.

Kak M dapat invitation to join this game almost every week. Ada saja yang invite dalam FB tu. Tapi satu pun tak pernah kak M layan.

Ada member kat office pun dok racun juga. Heee katanya memang ketagihan main game candy crush ni ..best sangat!.

Adik ipaq kak M yang kat rumah ni pun almost everyday dengan ipad dia dok meng candy crushed. Hai sekarang ni kalau dok menunggu giliran jumpa doktor kat klinik pun ramai antaranya dok meng crushed candy nih. Apatah lagibyang dok beratur nak beli.cucuq kat gerai. Lihat lah betapa hebat penangan candy cruah ni.


Suatu malam kak M lelepak sama anak anak di bilik tidur sambil sembang sembang dengan depa tentang sekolah dan kawan kawan.

Tah macam mana tergerak hati nak donlod candy crush ni. Maka bermulalah episod baru dalam kehidupan iaitu meng crush candy. Bukan itu sahaja , anak anak kak M pun mengiut juga. Siap donlod di tablet memasing. Hah! Kan dah kata....

Memang betui la berantu sungguh main game ni...siap cheating lagi tu sebab tak mau tunggu masa yang dia bagi utk dapat live baru..hahha....habis lah...satu famili dah ketagihan main candy crush.



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick