Followers

Thursday, July 25, 2013

Biscuit Chocolate Rice

Hari ni Selangor cuti nuzul Quran...jadi kak M dan anak anak memang santai jer kat rumah.memang dan rancang nak marathon buat biskit raya dengan depa. Kak M ni memang juai biskut raya tapi tetap juga nak hidang tetamu yang special dari dapur kak M sendiri..hehhe


Hari ni kak M buat biskut coklat urai atau Biscuit Chocolate Rice. Masa kecik kecik dulu biskut ni memang jadi hidangan setiap kali raya. Masa tu berkumpul adik beradik tolong menolong buat biskut raya. Bila malam jer pakat dok perabih hehe jadi bila raya tinggal ciput jer nak hidang pada tetamu.

Biskut coklat urai ni tak susah pun nak buat. Resepi ni kak M buat dua adunan. Sebab ingat nak bagi mertua dan mak kak M juga sikit. Anak kak M dok sibuj tanya kenapa mommy buat banyak sangat..ehh mana ada banyak sangat cuma dua adunan jer. Agaknya dia dah penat nak tabur coklat urai tu..tu lah yang mula nak komplen jer.


Kepada yang ingin mencuba jom semak resepinya.

Bahan-bahan:

500g gula icing(kak M guna gula castor jer)
500 gm buter 
4 biji telur ayam
100 gm serbuk koko
900gm tepung gandum
Coklat urai
Coklat bar untuk dicairkan sebagai hiasan.

Cara-caranya:

Gula dan buter dipukul hingga kembang. Masukkan telur ayam satu persatu dan pujul lagi hingga sebati. Masukkan sebuk koko dan kacau sebati dan akhirnya masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga boleh diuli.

Tekaplah dengan acuan pilihan masing-masing dan bakar dalam suhu 180 degree selama 30minit. Sejukkan seketika. Panaskan coklat bar secara double boiled. Celupkan permukaan atas biskut dengan coklat cair tadi dan taburkan coklat urai. Biarkan sehingga coklat kering dan simpan dalam bekas kedap udara.

Mudah saja kan? Selamat mencuba.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...