Jerebu kat luar pavlova kat dalam

Ironic saja tajuk entri ni...hehe..memang hari ni keadaan kualiti udara adalah sangat sangat teruk. Semalam kak M kat Hotel Uitm keadaan nya masih tidak begitu teruk. Tapi pagi ni buka jer pintu rumah dah terbau asap terbakar.

Memang sangat kelabu asap kat luar. Anak anak pun kak M tak bagi keluar main kat luar. Sangat tak sihat keadaab sekarang. Takut nanti ada yg akan deman selsema dan paling serius kena serangan athma.


Tu dia penuh trolley, memang dah berbulan tak shopping gini..hehe


Disebab kan semua aktiviti dalam runah jer jadi kak M masak masak jer. Hari ji tergerak hati nak buat pavlova. Malam tadi dah bawa bebudak ni keluar shopping kat tesco. Hehe beli kepeluan dapur. Banyak barang dah habis. Jadi beli sekali barang buat baking baking ni.

Rupanya tak susah pun buat pavlova ni..banhan bahan pun tak banyam cuma perlukan kesabaran tahan nafsu makan hahhah.



Jom semak resepinya

Pavlova

4 biji telur putih sahaja
175g gula kastor
1sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil cuka masakan

250 whipping creme
Buahan buahan seperti strawbery, kiwi, anggur dan sebagainya

Cara caranya:

Telur diputar bersama tepung jagung dan cuka dan gula yg dimasukkan sedikit demi sekidit sehingga menjadi bertanduk..hehe..macam tepu gitu bila diterbalikkan bekas tu takkan tumpah isi dalamnya..ha begitulah kisahnya.

Kemudian sediakan dulang dan letak alas kertas minyak.jagan guna acuan kek tau. Dulang bakar dlm over tu jer dilapik kertas minya. Tuangkan aduan tadi dan bentukkan bulat dan bakar dalam suhu 180 degre selama 30 minit.

Pallova akan menjadi keperangan. Bila dah masak bukakan oven dan biarkan ia menyejuk seketika sebelum ianya dikeluarkan.

Sementara ianya menyejuk sediakan creame dengan memutar whipping cream sehingga kental.

Kemudian tuangkan cream ke atas pavlova dan hiasi lah dengan buahan buahan tadi.

Pavlova ini manis tapi akan diseimbangkan dengan kemasaman buahan buahan tadi.
Ianya adalah keras diluar dan lembut didalam..sesekali makan ok lah.

Jomlah kita ber Pavlova.




Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick