Selamat Hari Guru

Masih belum terlambat kirangan untuk turut menghargai jasa-jasa guru seluruh dunia. Guru adalah insan yang mulia. Tugasnya ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain.

Kam-M ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru kak-M yang telah mengajar dan mendidik kak-M sehingga menjadi insan berjaya dan berguna. Alhamdulillah segala ilmu yang guru turunkan akan digunakan sebaik mungkin, tiada hadiah paling istimewa melainkan doa anak didik untuk guru tersayang. Semoga kalian sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan Allah untuk segala urusan.

Kalau dulu Kak-M akan minta duit dari Mak untuk belikan guru hadiah sempena hari guru, hari ini anak-anak kak-M pula yang minta duit untuk belikan hadiah untuk guru mereka. Kak-M juga ambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang mengajar anak-anak kak-M. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian, insyaAllah.

Hadiah dari Sarah Nuha untuk Teacher Imah

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick