Followers

Sunday, May 19, 2013

Daging Masak Kicap..sedap juga.

Lama juga tak masukkan cerita lauk pauk masak-masak ini. Bukannya tak masak, tapi macam tatau nak diceritakan apa tentang lauk pauk tu.

Hari ni kak-M bekerja dari rumah. Appointment kerja kak-M pada 2.00 petang ni, jadi kak-M sempat masak tengahari.

Tiada apa yang istimewa pun. Kak-M masak Daging Masak Kicap. Kebetulan daging minggu lepas masih ada lagi seketul jadi kak-M potong nipis-nipis dan buat masak kicap jer. Minggu lepas hubby comment yang dahing ni lembut. Alhamdulillah bila dapat daging elok dan di masak, mesti habis jadi tak der membazir.

Masak Daging Kicap ni sangat lah simple. Alkisah kak-M tak pandai nak letakkan sukatan yang tepat sebab setiap kali masak bergantung kepada kunatiti bahan utama yang ada. Daging hari ni cuma 4 inci x 4 inci jer lebih kurang. Bahan-bahan adalah halia, bawang merah, bawang putih dan cili kering serta kicap manis dan manis.

Macam biasa mesinkan cili kering dengan bawang merah dan bawang putih serta halia. Tumiskan hingga naik baunya dan masukkan daging dan biarkan ia sehingga masak. Boleh ditambahkan kentang yang dipotong nipis serta bawang besar yang dipotong bulat.

Masak macam ni tak begitu pedas jadi sesuai untuk menu anak-anak. Anak sulong kak-M menang berkenan sangat dengan masak kicap ni. Alhamdulillah selesai masak untuk hari ni. Semoga mereka dapat menghargai menu hari ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...