Followers

Saturday, April 27, 2013

Santai hujung minggu

Hari ni memang santai habis...semua melepek jer atas katil. Pepagi lagi kak M dah siapkan nasi goreng kampung dan cucur jagung untuk sarapan. Hari ni memang tak masak sebab pukul 3 petang nanti ada jemputan birtday bash di seksyen 6 jadi kami pi makan kat sana jer.....


Abang Danish bangun paling awal. Sebabnya dia nak siapkan mainan lego yang beli semalam. Hmmmm susah juga binaan kali ini. Dari semalam lagi Dia dok pasang lego ni..dah beberapa kali berhenti sebab Ahmad enterframe hehehe...

Tapi akhirnya siap jugalah. Dengan berbahagianya dia datang bawa dan tunjukkan pada mummy.



Tatau ler apa kebendanya benda ni. Macam kepala naga pun ada..tapi tayar kereta kebal..huhu...walaupun mahal mainan ni tapi pada akak ia mampu menjana pemikiran anak anak. Woiii susah tu nak kena pikir cemana nak pasang componen yang kecik kecik tu membentuk satu objek sebesar ini. 

Boleh ler nak beli setahun sekali kan ..hehheh..ini pun sebab exam lepas dia dapat no2 dalam kelas jadi dia tuntut lah nak hadiah ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...