Followers

Friday, March 22, 2013

Cucur Bilis buat sarapan keluarga

Wa....sedap jer bunyi entri pagi ni....man of the house just arrived from London.. masih jetlag...orang dan bangun dia masih tidor..orang dan tidur dia baru nak bangun..heee begitulah kesannya bila lama berada di tempat orang.

Banyak cendera hati incik hubby bawakan dari tanaj jajah itu. Terkenang suatu masa dulu kami pernah berumah tangga di sana. Masih teringat suasana harmoni bersama rakyat Malaysia di luar negara. Entah bila akan ke sana lagi. Incik Hubby cakap In Syaa Allah ada rezeki kita akan sekeluarga bercuti ke sana.


Ahaaa.. dah sarapan? Pagi ni kak-M bangun awal juga. Memang setiap pagi kena pikirkan apa lah yang nak dihidangkan buat sarapan keluarga pagi ini.

Akhirnya cucur bilis menjadi pilihan. Incik Hubby memang suka cucur bilis begitu juga anak-anak. Kak-M sediakan juga nasi goreng untuk Abang Danish dan seteko teh tarik.

Macam-macam cubaan juga sebelum ni kak-m buat untuk mendapatkan cucr udang yang lembut, enak dan kembung. Heeee, biasanya cucur kak-M ni akan menjadi ala-ala penyek gitu...akhirnya kak-M tahu dengan meletakkan secubit sahaja soda bikarbonar ke dalam adunan tepung serta sebiji telur ayam cukup menjadikan cucur ini gebu, lembut dan sangat enak. 

Apa lagi jemput semua......


1 comment:

Anonymous said...

- ooo kne tambah telur yer.. baru tau, sbb sblm ni mmg ada tmbah soda bikarbonat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...