Buku

Petang ni bawa bebudak ni keluar...dah lama dah tak outing dengan diaorang. Daddy pun dok asik tanyakan mana nak bawa diarang dan akhirnya kami ke SACC Mall sahaja.


Macam biasa lah kalau ke sini tempat yg mesti kena masuk ialah MPH....elok juga lah memandangkan minggu depan dah mula cuti sekolah jadi carikan buku supaya dapat lah diaorang ni membaca dari dok memain jer sepanjang masa.

Yang paling tak seronok ialah kena kejar si Ahmad ni lorong selorong..iskkk mmg cukup bahaya ...bahaya takut buku hempap dia, takut juga dia terlanggar habis semua buku bertaburan dan paling takut terlepas pandang, orang dah angkut dia bawa lari....memamg risiko tinggi untuk hilang kat tempat tempat sibuk dan penuh orang macam ni..memang ramai sangat orang kat MPH hari ni.


Heheh, suka lah Abang Danish dapat buku dia..budak ni memanjang cari buku ala ala dragon dan dinasour tu...kannn..tak habis habis. Tapi tadi banyak betul buju dia pegang. Daddy dah pilih pilih akhirnya tinggal satu jer...dah monyok juga . Tapi mummy dah janji kalau habis baca yang tu nanti kita datang lagi beli.

Untuk kakak pula biasalah suka sangat dengan Ana Muslim ni. Ni bukanlah buku cerita tapi buku tulis. Kakak masih banyak lagi buku cerita hadiah harijadi yang belun habis baca. Jadi beli lah buku buku ala aktiviti gitu.

Hepppp...mummy pun sibuk nak membuku juga..hahahah. aii jangan lupa mummy belum khatam lagi koleksi Diary if Whimpykid tu. Anak anak pun tahu dah itu koleksi mummy..huhu baca buku budak 9 tahun..hoooo ada aku kisah! Well sekali 3 wei ni huu, sementara ada stok kan jadi hangkut jer. Rasanya lengkapkan semua siri ni...


Lepas ni semua mengulat buku lah jadi nya. Bagus..biar jadi hobi suka membaca sebab tu kena selalu bawa depa ni ke tempat banyak buku.. dah lepas ni ada yang telah kak m letak dalam senarai...yeaa haaaa...ala ala whimpy kid juga..taraaaaaaaaaa


DORKS DIARIES in line.....

Ok..dah semua dapat bahagian masing masing jom pi makan pula....chiowww!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick