Followers

Sunday, February 10, 2013

Family gathering at Adam Lai

Ayam kam heong memang terbaik!

Lama juga kak-m dan family tak makan malam bersama. Minggu ni cuti agak lama jadi kami lepak di kampung klang jer. Bonda mertua pun tak berapa sihat tak selera katanya. Jadi kami decide untuk bawa bonda makan kat luar.

Bonda pernah cakap yang dia teringin nak makan shark fin soup. Jadi petang tu kak-m booking jer kat restoran Adam Lai seksyen 15 Shah Alam. Dulu kak- m memang pernah makan sini. Memang sedap dan yang paling penting tak perlu menunggu lama untuk makanan siap dihidangkan.

Jadi sesapa yang nak cuba masakan di sini,kak-m cadangkan korang order ayam kam heong dan butter chicken...memang sedap sangat...kita orang meratah lebih dari makan nasi...berbaloi baloi. Untuk makan malam ni kami order ayam kam heong ,sayur campur, siakap sweet sour, butter chicken, sotong goreng tepung, telur dadar, tomyam seafood dan butter prawn.


Sotong gorwng tepung ni order small size jer...harus ler habis kan..


 Siakap sweet sour akhirnya tinggal tulang..kepala pun licin dikerjakan.


Sayur campur ala chinese...sedap ni


Ha..ramai tu 5 dewasa dan 5 kanak kanak. Sebaiknya kalau datang beramai macam ni kenalah booking dulu..penuh sentiasa siang malam restoran ni. Kak-M call jam 6 petang mujur masih ada space lagi. Lebih kurang 8.39 pm kami sampai..dalam jam 9.00pm tu orang yang datang memang balik la sebab dah penuh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...