2013

Moga masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua. Memang sangat sibuk sekarang ni sampaikan nak buka blog pun tak sempat. Dari Jumaat lepas lagi kak-M mula outstation dan semalam satu lagi terip mesyuarat di Perak berlangsung. Kak-M sampai rumah dah jam 10malam. Meyuarat di Perak sepatutnya selesai pada jam 5.00petang terpaksa dipanjang sehingga 5.30ptg kerasa isu-isu berbangkit yang perluka kata putus segera. Bas berhenti di Ulu Bernam untuk solat maghrib dan makan malam. Sesekali memang seronok dapat join kumpulan bermesyuarat di luar kawasan begini. Inilah masanya juga untuk santai bersama kawan-kawan.

Alhamdulillah anak-anak masih belum tidur. Masing-masing menunggu kak-M untuk bercerita tentang pengalaman hari pertama mereka tahun 2013 ini. Tak henti henti  sampaikan kak-M tak dak ruang pun nak bersembang dengan suami.Heheh.

 Ini dinner kak-M malam tadi, Koewteow Panjang Sup, Sedap juga, ala-ala koewteow T'hing gitu.

Hentian Ulu Bernam ni agak lengang mungkin sebab cuti sekolah pun dah berkahir, jadi persinggahan kami sangat santai, tak perlu tercari-caru tempat duduk. Tak ramai orang pun. Tenang sangat.

Hari ni masuk office seperti biasa dengan banyak kerja menimbun atas meja. Banyak kajian yang perlu kak-M baca dan semuanya perlu di kembalikan dalam masa terdekat ini.

Sehingga sini dulu, moga bertemu di entry lain pula ya. Salam Tahun baru 2013 dari Kak-M, muahhhh!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick