Followers

Wednesday, December 19, 2012

Siakap Kukus, enak sekali

Seperti yang dijanjikan menu tengahari hari ini ialah Siakap Kukus. Ikan Siakap ni kira dalam kategori ikan magal lah juga. Tapi ada banyak saiz. Jadi nak yang murah belilah yang saiz lebih kecil gitu..heee. Kak-M beli ikan ni 2 hari lepas lepas cuci bersih kak-M masukkan dalam Freezer. Pagi tadi awal-awal lagi kak-M dah keluarkan sesiap sebab memang dah rancang nak kukus siakap ni.

Anak-anak kak-M memang suka masakan jenis ini. Ala-ala sup lah kan. Lagipun kak-M masakkan tidak begitu pedas, mungkin ada terasa panas lada hitam saja.

Orang berpantang memang sesuai sangat dengan menu ini. Siakap pun bukan kategori ikan yang gatal dan bisa. Kalau di UK dulu ikan seaakan Siakap ni kita panggil dia SeaBass, memang sedap sangat. Dalam seminggu tu mesti ada satu hari kak-M akan masak Seabass. 

Selain kukus Siakap enak juga di masak masam manis atau tiga rasa.


Siakap Kukus ni memang mudah sangat disediakan. Ibaratnya main hantm campak jer semua bahan-bahannya. Wanita kerjaya macam kak-M ni memang sesuai sangat dengan menu serba ringkas ni. Seekor siakap bersaiz sederhana sudah ukup untuk seisi keluarga.


Kak-M suka biarkan supnya lebih sebab anak-anak kak-M memang suka menu berasaskan sup. Bila makan biar nasi tu terendam dalam sup ikan tu. Memang bertambah lah depa makan. Menu ni memang sangat sihat sebab kurang lemak, dan kurang minyak. Sapa yang cuba bolek semak resepi di bawah yer.


Siakap Kukus

Seekor Ikan Siakap saiz sedang
2 keping asam keping
2 batang serai dititik
seinci halia di titik
3 ulas bawang putih di tumbuk kasar
sebiji bawang merah ditumbuk kasar
satu sudu kecil serbuk lada hitam
sebiji tomato di dadu besar
1 sudu perasa kicap tambahan maggi
2 sudu sos tiram
sebiji lobak merah di hiris panjang-panjang
Garam dan gula secukup rasa.
2 cawan air kosong

Cara memasak:
Masukkan semua bahan termasuk ikan ke dalam bekas dan kukus lah sehingga masak. Rasakan masam, manis dan masinnya. Kalau dah lengkap boleh angkat dan hidangkan. Makan dengan nasi yang panas memang menambahkan selera.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...