Followers

Saturday, December 8, 2012

Seronoknya balik kampung

Balik Kampung
Sudirman Hj Arshad

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Begitulah kirannya keindahan dan keseronokan pulang ke kampung. Hari ini adalah hari ketiga kami di kampung. Perjalanan pulang memang sangat jauh, hampir 6 jam menaiki kereta tetapi langsung tidak terasa. Semalam kak-M bawa anak-anak ke shopping ke    Padang Besar, Perlis. MasyaAllah ramai sangat orang. Cuti sekolah kan. Adik pompuan dan ipar juga ikut serta bersama anak masing-masing. Hari ini kiranya kami bersantai di rumah. Petang sikit baru nak ke Changlun melawat sahabat di sana. Anak-anak pun sangat seronok dapat bertemu bers\cerita dan bermain bersama Tok wan, mat tok dan sepupu mereka. Alhamdulillah, indahnya hidup ini.

2 comments:

Hanif Idrus said...

Selamst merehatkan badan di kampung

teratai said...

Memang seronok balik kg...boleh lepaskan tension n paling suka dpt makan makanan kegemaran yg x ada di tempat lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...