Followers

Saturday, December 22, 2012

Santai Hujung Minggu

Buat apa wei...? Hee, kak-M biasanya hunjung minggu macam ni mesti bearada di Kampung Klang lah. Dah lama juga tak balik tidur sini. Almaklum urusan kerja yang perlu oustation sana sini kan, jadi minggu ni kami bersantai di rumah bonda.

Macam biasa kampung pun dah nak jadi pekan..huhu tak der apa sangat aktiviti yang boleh buat di sini. Selain makan, dan tidor aktiviti lain ialah menonton tv dan main hidden game di Ipad. Gitu ler kitaorang habiskan masa hujung minggu ni.

Semalam dah nonton 3 movie. Ha amik kau, 3 movie sekali gus. Layan jer bebudak ni di kala cuti hujung minggu. Minggu depan laki bini kena outstation lagi., Hee , bebudak ni memang dah faham sangat mak bapak diorang ni punya kerja jadi depa tak banyak bersungut.

Kali ni kat rumah bonda ada buah kayu, banyak pula tu, jadi anak menantu cucu ni lah tolong perabih. Kemain berebut depa makan manggis dan langsat. Rambutan tu ada kureng sikit. Manggis memang menggila, berebut nak buka manggis, macam-macam kaedah lah..heee, maklumler dok pekan tak reti makan buah-buah kayu ni. Nak buka manggis pun macam jakun je. Tapi depa enjoy sangat bila dah tau macammana cara yang betuk nak kolek manggis tu. Huhu, sungguh enjoy depa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...