Followers

Thursday, December 20, 2012

My Lunch, Nasi Putih dan Pekasam Ikan Puyu

Sangat ironik menu hari ini ya. Pagi tadi memang sangat kelam kabut. Macam-macam urusan perlu di uruskan sebelum jam 12 sebab kak-M perlu berada di rumah pada waktu itu dan Adik Ipar kak-M pula perlu ke pejabat. Selagi Amierul belum betul-betul baik beginilah keadaannya.

Nampaknya minggu depan laki bini kena outstation. Aisehhh bebudak ni haruslah pos ke rumah nenda mereka di Klang. Kak-M perlu ke AKEPT di Bandar Enstek, Negeri Sembilan dan Husband ada bengkel somewhere in KL.



Bila dah keadaan kelam kabut, memang tak sempat dah nak pikir makan aka, masak apa dan beli apa. Sampai jer rumah memang sangat kelaparan sebab pagi tadi pun hanya ambil segelas air dan shake sahaja. Jadi tengok dalam rice cooker masih ada baki nasi semalam dalam satu senduk. Yes! Terus ceduk masuk pinggan dan panaskan dalam microwave. Kemudian kak-M teringat Ikan Pekasam yang bawa balik dari Jitra tempoh hari masih belum terusik. Jadi tadi kak-M goreng sekor yang kecik. Ahhhrhh! Memang ckup menyelerakan. Gorengkan bawang merah dan tabur serah perahkan asam limau sikit. Settle okey untuk menu tengahari an cuku[ menampung kelaparan perut ini.


 Ikan pekasam ni memang sangat popular di Kedah. Mungkin sebab banyak sawah padi dan mudah dapat ikan darat. Biasanya ikan lampam, ikan puyu dan ikan sepat yang dijadikan pekasam. Pekasam yang kak-M makan hari ni di buat sendiri oleh makcik Kak-M kat kampung. Memang setiap kali balik kak-M akan tanya samada ada lagi tak stok pekasam utk di beli. Makcik ni kalau ada ikan darat pasti akan ada pekasam dan alhamdulillah memang rezeki sebab adalah sikit walaupun belum cukup masam kak-M beli juga. Makcik pesan kena balik simpan dulu beberapa hari baru boleh goreng.

Nak buat pekasan ni memang kena betul teliti dan bersih. Salah langkah akan membuatkan ikan tu cepat berulat. Yer lah kan kita menggunakan ikan mentah. Yang menjadikan serbuk itu ialah beras yang dimesin halus. Kemudia ada garam dan gula lah. Ikan ni diperap sehingga menajadi masam.Kak-M memnag tak pernah buat dan tak tahun pun cemana nak buat pekasam ni. Kak-M hanya tahun makan jer..heee. Maybe you all boleh google jer pasti ada cara bagaimana membuat pekasam.

Well ok, kak-M dah kenyang dan nak istirehat sekejap ya. Salam sayang buat semua

2 comments:

icha fariha said...

sedapnya ikan pekasam... tringin~

Emma Marinie said...

Hahhaha, Makcik SIlah buat ni tau...kalau habis tu kami lah yang dok beli, siap balik mai juai kat member ..hahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...