Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel

Salam siaran di malam Khamis. Semoga semua sihat ya. Blogers sekalian jangan lupa untuk join contest utuk Blogers ya..boleh klik SINI.

Lama juga kak-M tidak membeli novel. Apatah lagi membacanya kan? Hehe. Minggu lepas masa lunch di Setia City Mall, Abang Amierul ajak kak-M singgah di MPH. Memang suka sangat masuk dalam MPH ni. Apa lagi melihatkan buku-buku pelbagai jenis di sekeliling kita. Huihhh rambang mata di buatnya. Biasanya kak-M akan lepak lama di section buku resepi. Tapi kali ni kak-M layan jer Abang Danish di section kanak-kanak.Heheheh, akhirnya bukan dia yang beli tapi kak-M yang beli sebuah buku yang pada kak-M agak menarik.


Diary of a Wimpy Kid ini adalah nukilan Jeff Kinney sesuai untuk kanak-kanak dari 9 tahun dan ke atas. Tapi kan ni ha kanak-kanak yang umurnya 36 tahun pula yang membaca...mueahahhaha! Tak per, membaca itu adalah jambatan ilmu biarlah untuk berapa tahun pun makalah itu , pasti akan ada ilmunya di situ. Buku ini berharga RM45.00, kalau ikut harga UK adalah GBP12.99...ishkkk kalau ler kak-M kat UK pasti semua siri akan kak-M beli. 

Apa yang menarik dalam diary ini? Hmmm tulisannya yang bersahaja. Senang di famahi dan sangat kelakar. Anda pasti akan tersenyum meleret dan ketawa tekekek bila membacanya. Memang seronok membaca kehidupan seorang budak wimpy ini. Diary ini menggunakan tulisan ala handwriting menjadikannya sangat sepertu sebuah diari asli tulisan seorang kanak-kanak.


Selain itu lukisan di dalamnya juga menarik dan kelakar. Sangat bersahaja lakarannya.


Kak-M dah baca hampir separuh buku ini. Biasanya kak-M akan ambil masa dalam setengah jam sebelum tidur untuk membaca dan memang berhajat untuk membeli siri-siri lain juga. Kak-M rasa elok juga kalau nak hadiahkan kepada anak-anak bagi menambahkan minat membaca mereka di samping menguatkan penguasaan Bahasa INggeris mereka juga.


Dan boleh juga klik sini untuk sebuah kereta mewah jika sudi ..SINI.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick