Followers

Sunday, December 16, 2012

10 tahun sudah, indahnya Cinta

Apa khabar you olls? Tenggelam timbul jer kak-M sejak akhir-akhirnya. Ya lah, jaga orang berpantang lepas khatan ni boleh tahan juga cabarannya. Heeee, lama juga kak-M kena ambik cuti ni. Apapun tak kisah ler asalkan Abang Amierul cepat baik, dan boleh bergerak seperti biasa. Hari ni dah masuk hari keemapt, esok dah boleh ke klinik untuk buka smart clamp tu. Sekejap je masa berlalu.

Petang semalam we all buat majlis doa selamat serta jamuan kecilan. Alhamdulillah tahun ni juga genap 10 tahun kak-M bersama suami tercinta terasa masih segar cinta seperti baru semalam kawin..heeee, jiwang karat pula yer...jangan marah... Jadi kami sepakat untuk buat kenduri kecilan.

Masih segar dalam ingatan setiap detik perkenalan 10 tahun yang lalu..heee, kitaorang ni kena nikah cecepat lepas tunang sebab kitaorang nak pergi sambung belajar ke luar negara. Jadi mak bapa cakap bahaya kalau tunang-tunang ni elok di nikahkan jer terus...heee. Jadi bertunang bulan enam2002, nikah bulan dua belas 2002 dan terbang ke luar negara bulan tiga 2003 . Begitu ler kisahnya, bulan sembilan 2003 , lahirlah anak sulung kami Amierul Danish....

dan pada tanggal ke 10 ulangtahun perkahwinan kami, Amierul di sunatkan.. Alhamdulillah, syukur di atas semua kebahagiaan dan rezeki dari Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...