Telur Ayam dan Najisnya
Nota ini saya petik dari I luve Islam untuk di kongsi bersama. Kadang-kadang kita alpa dengan perkara-perkara yang sangat asas. Dan telur ayam ini menjadi benda yang sentiasa ada ddi dapur kita kerana penyediaannya yang sangat mudah dan menjadi kegemaran ramai terutama kanak-kanak. Telur goreng dan telur rebus tu dalam seminggu mesti kena ada......
Sengaja saya menoleh ke arah kulit-kulit telur di dalam baldi yang dijadikan 'tong sampah'. Lelaki itu senyum..
"Telur-telur di sini, sebelum masak basuh dulu tak?" Saya bertanya, walaupun saya tahu apa jawapannya.
"Tidak..." Jawab lelaki itu. Jawapannya agak lambat
"Telur-telur di sini, sebelum masak basuh dulu tak?" Saya bertanya, walaupun saya tahu apa jawapannya.
"Tidak..." Jawab lelaki itu. Jawapannya agak lambat
Dengan rasa sedikit tidak puas hati, saya pun katakan padanya..
"Maaf, sebagai umat islam dan 'memberi makan' kepada orang islam
sepatutnya kulit telur perlu di basuh terlebih dahulu. Kalau tak basuh,
seolah-olah bagi makan orang yang membeli kat sini 'makan perisa
tambahan (najis ayam)"
Senyuman lelaki tersebut semakin tawar.
Saya tengok kiri kanan, tiada siapa-siapa yang perasan. Dalam hati
berniat, bukan nak malukan dia, tapi nak luahkan rasa sedikit kesal
dengan kurangnya sensitiviti halal haram lebih-lebih lagi dalam bab
makanan.
Dalam kereta saya bersoal jawab dalam hati;
"Rasa-rasanya berapa orang yang sentiasa peka dengan telur ayam ni?
Walau telur itu halal, tapi berapa orang agaknya yang berhati-hati
dengan 'cara' masaknya? Adakah terlebih dahulu kulit ayam di basuh atau
main hentam sahaja...?"
Sahabat-sahabat semua, sama-sama kita
saling ingat mengingatkan, pesan memesan... siapa2 yang ada kedai makan
atau nak makan telur kat 'dapur luar' atau nak masak telur ayam sendiri,
ingatlah.. basuhlah terlebih dulu~
Telur yang tak dibasuh,
bila dipecahkan.. cecairnya akan meleleh ke telur sedangkan telur tu ada
najis ayam yang kering. Bukankah makanan yang tersentuh/tercampur najis
itu sudah di kira 'najis'?
www.iluvislam.com
Comments
Perkara asas yg selaku kita lupa