Followers

Thursday, November 8, 2012

Storage Box

Semalam kan kak-M ke PKNS carikan Danish Jubah untuk persembahan akhir tahun sekolah dia. Sambil-sambil jalan dalam PKNS tu kak-M ternampak pula ada sales Guardian. Dok teragak jugalah untuk masuk atau tak masuk. Heee, kalau masuk sure punya aku akan hangkut bawa balik sesuatu. Udah ler tadi dah berabih banyak juga untuk baju Danish tu. 

Akhirnya kalah dengan hawa nafsu , aku masuk ler juga section sales tu. Lagipun orang tak begitu ramai tak rasa tak ler serabut bagai nak mennegokkan apa barang yang di sale kan tu.


Rupanya bahagian depan ni jer yang tak ramai. Orang yang ramai tu dok berkerumun kat bahgain alat mekap..heee. Lega sebab kak-M memang tak der intention nak beli mekap bagai, dah baru beli sangat sebelum kak-M ke Langkawi minggu lepas, jadi cukup ler untuk 4 ke 5 bulan ni alat-alat mekap tu. Sesambil berjalan melayankan barang-barang jualan tu, kak-M tertarik sangat dengan kotak simpanan barang ni. Hmmmm sangat cantik dan kemas dan didatangkan dengan penutupnya sekali. Heee, bagus ni kalau buat simpan-simpan barang. Sangat mudah diurus dan flexible. Jadi aku hangkut dua ketui..keh keh keh. Kan aku dah cakap tadi, memang akan terjebak membeli punya,



Sangat comel kan. Kak-M dah nampak yang storage box ini sangat cantik disusun atas chest of drawers dalam bilik kain baju itu dan kak-M nak simpan semua tudung-tudung bawal kak-M yang tak berapa nak pakai sangat sekarang ni. Iya lah kan sekarang ni kan dah feshen tudung awning tu bagai. Nak di bagi orang rasa macam nak pakai juga sekali sekala, mahal tu koleksi tudung bawal kak-M, ingat lagi masa tu kak-M baru masuk kerja, memang menggila beli tudung saja. Macam-macam warna ada dan feshen ada termasukkan Bawal Dato K dan Bawal Air Mata Nora Danish..ha kan....meletops design tu ketika itu.

Jadi malam tadi kak-M dok melayankan kotak simpanan barang ni. Sesambil dok nonton TV tah apa drama tah, lakonan Nad Zainal dan Kamal tu...Iskkk comei juga Nad Zainal ni...suka nengok dia kecik molek jer. Sesambil tu kak-M susun ler apa-apa yang patut dalam kotak tu. Satu kotak penuh dengan tudung-tudung kak-M dan satu lagi kak-M isikan baju-baju anak.


Taraaaaa!. Hmmm nampak lebih tersusun gitu, kemas dan cantik. Kalau tak atas drawer tu penuh dengan kain berlipat macam-macam saiz. Heee, dah letak dalam storage box ni nampak lah kemas. Hmm, bila dah nampak kemas mulalah nak pikir pi beli tambah lagi..hahahah, mulalah ni projek nak menyopping jer... ok. done for today. See ya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...