Sayur Sawi Goreng

Cuti sekolah ni, mula lah mak bapa peing pala kan? Nak pula kalau taska ditutup untuk hal-hal tertentu...huhu macam Kak-M ni, adoiiii, udah ler pagi Rabu ni ada appoitnment. Camno ni ha nak buek? Akhirnya kami sepakat untuk bergilir..kih kih kih. 


Kak-M pepagi awal gelap gelita telah ke pejabat. Semenatra hubby tunggu jaga anak-anak di rumah. Pastu dalam jam 10 pagi kam -M balik dan hubby pula ke pejabat..hahahah. Begitu sekali you. Apa boleh buat bila suami isteri bekerjaya begini lah situasinya. Apapun setiap masalah ada penyelesaiannya.

Bila dah dok kat rumah ni kena lah kak-M masak bagi anak-anak makan. Nanti menggelupor semua kelaparan. Masak yang mudah-mudah jer. Kak-M masak kari ikan susu, sambal sotong, ayam goreng dan sawi goreng. Menu yang pedas tu tu kak-M suami dan Abang Danish yang makan manakala sayur sawi  dan ayam goreng untuk Nuha dan Darwish..hihi settle untuk hari ini.

Apapun petang nanti kak-M terpaksa hangkut semuanya ke office sebab ada appoinment lagi..huhu. harap sangat depa semua akan behave. 

Jom layan dulu Sawi Goreng yang mudah ini. Ada orang panggilnya Bening Sawi. atau mungkin sawi tumis air. Nak masak ni pun mudah jer. Budak darjah enam pun boleh jer masak ni.


Sayur Sawi Goreng

Seikat sawi segar
3 ulas bawang putih
3 sudu minyak panas
1 biji telur ayam
1/2 cawan air

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dalam minyak yang telah panas. Masukkan sawi dan gaul rata. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan gaul. Pecahkan sebiji telur di dalam nya dan tungguh sehingga telur masak. Masukkan sedikit air untuk kuahnya. Biarkan seketika dan siap dihidang.

Masak sayur ni tidak elok terlalu lama kerana akan hilang zatnya di sebabkan oleh kepanasan api masak tu. Jadi agak-agak ler, jangan sampai lembik layu udah.

ok ini sahaja hingga jumpa lagi

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick