Laksa Sarawak

Memang dah lama sangat rempah Laksa Sarawak ni kak-M simpan. Memang banyak juga pek Laksa Sarawak, dah bagi -bagi orang juga sorang sikit merasa. Kak-M simpan satu pek jer kot-kot nak cuba kan. Jadi hari ni kan cuti semua orang dok rumah maka kak-M plan untuk masak Laksa Sarawak ni. Google punya google kak-M jumpalah resepi dari dapur Madiha..heee. Selamatlah kiranya sebab memang tak pernah makan pun Laksa Sarawak ni apatah lagi memasaknya.


Pes Laksa Sarawak ni adalah dari Brand Hj Manan. Memang dalam pencarian pun kak-M jumpa yang pes Hj Manan ni adalah yang terbaik. Jadi kalau sesapa ke Sarawak atau mau pesan pes laksa ni pastikan ianya dari Hj Manan. Kak-M cuma gunakanseparuh bungkus sahaja sebab takut ramai yang tak suka kan jadi sapa pula nak makan..heeee. Tapi satu perkara yang kak-M nak bagi tau, bau pes ini memang sangat kuat rempahnya. Macam bau makjun jamu pun ada, tapi baunya selepas siap masak memang ok. 

Kalau laksa Kedah atau laksa Penang kita guna laksa tepung beras, laksa Johor pula guna spageti tapi laksa Sarawak ini menggunakan bihun. Jadi memang ada kelainan dalam rasanya. Kan seronok menikmati makanan laksa dari pelbagai jenis mengikut negeri. Hebat Malaysia!.


Pada kak-M kuahnya rasa agak pedas tapi bila dimakan bersama bihun dan bahan tambahan lain pedas tu semakin kurang. Kalau makan panas-panas...fuhhh, memang perpeluh kau. Apapun jom semak resepinya yang kak-M amik dari Dapur Madiha. Memang kak-M ikut jer cara Madiha masak tu. Almaklum pertama kali cuba kan. Dan terima kasih juga kepada Madiha di atas perkongsian resepi ini.

Laksa Sarawak
 Laksa Sarawak (instant paste)
Sumber : MaDiHaA's Fotopages

Bahan Untuk Kuah Laksa
1 peket (200g) perencah laksa Haji Manan
500 gm udang segar ~ dicuci bersih tapi jangan buang kulitnya (MaDiHa guna 800 gm)
1 ketul dada ayam / boleh gantikan dengan kiub ayam (MaDiHa guna 1/4 ekor ayam ~ guna bahagian dada)
2 batang serai ~ diketuk
500 ml santan (MaDiHa guna santan kotak 400 ml + 100 ml air
2 liter air biasa
garam secukup rasa

Bahan2 Tambahan Lain
1 peket meehon (400 - 500 gm) ~ dicelur hingga lembut & tos
Taugeh secukupnya ~ dicelur sebentar
Daun ketumbar ~ untuk hiasan
4 biji telur ~ dijadikan telur dadar, digulung & hiris (MaDiHa guna 6 biji)
beberapa biji limau kasturi ~ dibelah 2 & buang biji

Bahan2 Sambal
5 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan

Cara2
1. Jerang 2 liter air bersama2 dengan 1 ketul dada ayam tadi. Tunggu hingga ayam masak. Masukkan pula udang bersama2 dengan kulitnya dan biarkan hingga udang masak. Angkat isi ayam & udang lalu toskan. Ketepikan & tunggu hingga ayam & udang sejuk.
2. Sementara itu.. dalam air rebusan ayam & udang tadi.. masukkan serai yg diketuk serta perencah laksa sarawak Hj. Manan tadi. Kacau rata.
3. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan pula garam & santan. Kacau sentiasa hingga kuah masak. Rasakan kuahnya biar secukup rasa. Tutupkan api.
4. Isi ayam rebus tadi disiat2kan halus2 & kopek kulit udang dan letakkan berasingan semasa menghidang.
5. Sediakan pula sambal dengan menumbuk semua bahan2 sambal.

Cara Menghidang Laksa Sarawak
1. Hidangkan meehun yg dicelur tadi bersama2 dengan isi ayam, isi udang, telur dadar yg dihiris, taugeh yg dicelur dan curahkan kuah laksa secukupnya.
2. Taburkan dengan daun ketumbar, sambal belacan & perahkan limau kasturi. Sedia utk dimakan.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick