Ayam masak kurma

Wah! Hari ni Danish kemain gembira lagi. Katanya tak sabar nak jumpa Mommy, nak bagi tau surprise!!!! Sebelum tu untuk simpanan BONANZA tu boleh klik SINI.

Masuk jer keter dia tanya.

'Cuba mommy teka abang dapat nombor berapa?'
'Biasalah no 21 kan?' heeee mommy memang pakar meneka....
'Hahahhahaha!...Jeng-jeng-jeng!, salah la mommy'

'Ha, abis tu nombor berapa, takan nombor last sekali pulak'...
'No. 17 lah mommy'

'Hah! Ye ke? Tahniah, pandai pun, ada berapa dapat A's'
'Esok ler masa mommy jumpa ustazah tu mommy tengok la, Abang mana ingat'


Alhamdulillah, makin baik pencapaian Abang Amierul Danish ni. BAlik rumah dia suruh masakAyam Kurma. Owh! Udah ler mak nya tak pandai nak masak ni. TApi ada satu peket perencah kurna dari Maggie. Apa lagi leburkan ler dalam kuali. Mujur ada kentang lebih buat rencah dalam kuahnya. Tapi kak-M tak guna santan ditukarkan dengan susu cair. Dah hasilnya sangat menarik. Cuma warna agak kekuningan seperti kari.


Sebenarnya bagus juga masakan ni sebab tak pedas jadi semua bertiga beradik tu boleh makan tanpa was-was. Hehe. Ada 6 ketul jer ayamnya potong kecil-kecil. Jadi lebihannya kak-M simpan peti ais, esok balik kerja panaskan jer. Senang pun. Cuma mungkin kena tambah sayuran.

Korang makan apa malam ni?

 
Psstttt! Masih ingat lagi dengan GA yang kak-M join tu...jom semak perkembangan semasa ...


dan

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick