Followers

Friday, October 5, 2012

Tupperware Crazeee

Salam siaran lagi dan lagi dan lagi....

Pagi tadi bibik dok kemas rumah kak-M kan. Sambil dia dok lap sana sini, akak minta dia tolong susun-susn barang juga.

Masa dok susun-susn ni ler, akak baru perasan yang punyalah banyak koleksi Tupperware akak nih...huhu. Memang akak suka pun benda Tupperware nih. Haahahah, meamng tak tahan jiwa rasa kalau ke store yang ada jual tupperware ni..hihii.

Dengan susunan yang pelagai warna tu memang sangat menarik. Nak pula depa buat offer waktu tu, kurang-kurang akak hangkut juga satu dua kan..


Kak-M selalu shopping tupperware ni di store kat Giant seksyen 13. Memang dah kenal sangat adik yang jual tupperware nu. Hajatnya nak beli ganti puting botol susu Ahmad jer. tapi dah menyinggah tu kan, mulalah mebelek sana sini. Adik tu pula memang pandai dok sembang..hmmm hancusss!. Aku pun belilah tambahan itu ini.


Yang bagusnya Tupperware ni long life warranty jadi kalau jahanam jer boleh bawa tukar. Kalau tak der dah model tu dia pulangkan duit dalam bentuk kupon untuk beli yang lain..at least something lah kan. Akak paling suka jenis yang mangkuk tingkat ni. Heeee, senang hujung-hujung minggu aku masak dan letak lauk pauk bawa ke rumah mertua. Kelasss gitu.


Tupperware ada jual jenis yang boleh simpan makanan dalam fridge juga. Freezer mate namanya. Hah, memang bagus yang ni, kita boleh susun cantik jer dalam freezer kita. Dan bekasnya senang dibuka dan senang ditutup serta tahan kepada suhu sejuk terlampau..hahaha, macam iklan tupperware pula yer... akak pun tak tertinggal untuk kumpulkan freezer mate ni, untuk kesenangan I juga kan...



Almaklumlah wanita bekerjaya kan, bukan hari-hari ke pasar, jadi sekali kelaur akak beli lah stok untuk seminggu dua..heee pastu akak simpan ler macam ni.

Satu lagi yang best ialah pengukusnya. biasanyalah akak guna untuk kukus pulut kuning dalam kuantiti yang sedikit. Kita kan keturunan semua suka makan pulut jadi dalam smeinggu tu sekali memang haruslah mengukus, kalau buat banyak tak habis pula jadi yang ini memang sedang elok. Kalau ada makanan atau kuih kuih yang perlu dikukus inilah yang membantu sangat. Senang dan cepat gitu


Ha....ada kawan akak dok offer lagi bena tupperware nih, akak cakap,, tunggulah akak tambah satu section built in cabinet lagi..heee, udah tak der space lagi nak menyimpan Tupperware ni..heeee

4 comments:

kate na said...

sama lah kita minat sangat dgn tupperware ni..

Emma said...

huhu...kan? ada jer jadi sebab nak membeli benda ni

Anonymous said...

aargghh..mokcik mmg tak tahan napsu tgk plastik warna warni nih. insap sekejap dan berjaya 3 bln stop membelinya. Aaron aziz pun dah menjeling..taktau nak simpan mana dah


Naziah Lawa

Emma said...

hahahahaha, memang pun.....berantu dengan menda ni kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...