Sakit

Mommy demam lagi..Huishhhh, almaklum orang cakap lah demam berjemaah tu kan lebih baik..heheheheh, dah serumah dah demam dan penutupnya biasa mommy ler.

Semalam kak-M balik dari office agak lewat dalam jam 9.30 malam macam tu. Apa boleh buat dah kena bertugas di perbatasan kan..kih kih kih, Jadi Mr. Mama akan ambil alih tugas di rumah. Syukur kak-M juga ada adik ipar yang sangat membantu.

Balik rumah kejap selepas amik Nuha dan Ahmad, Kak-M sempat lagi blend cili untuk buat nasi goreng kampung kegemaran Danish. Tapi kak-M tak sempat goreng sebab kena bergegas semula ke office. Jadi adinda ipar yang tolong goreng. huh! settle masalah. Pastu suh dia goreng ayamas drummet sikit buat lauk.


Bangun pagi ni memang sengal sendi habis, rasa macam nak pijak lantai pun punya sakit tapak kaki. Jadi bermalasan dulu di atas katil. Daddy dah hantar Danish ke sekolah dan terus ke office. Mommy yang kena hantar Nuha dan Ahmad nampaknya lewat lah hari ini...


Jam 9.30 pagi baru keluar. Appointment kat office tu mommy delayed sebab cakap tak sihat. Tengahari tadi pegi cari sup...rasa puas jer dapat hidup sup panas-panas. Mommy makan sup wantan lagi, sama tea madu lemon. Ha kau!, memang berpeluh den. 

Sekarang mata pula berat sangat ni. Hmmmm nampaknya kena cabut awal lah hari ni.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick