Reflexology menyihatkan badan

Petang semalam semasa jalan-jalan dan layan anak kat taman, tersangkut sekejap kat tempat batu-batu tajam ni. Aha! Tau kan? Reflexology? Dulu pernah sekali kak-M urut tapak kaki di Giant, lamaaaaa dulu, Adoi ai, sakitnya di tekan-tekan tapak kaki ni. Jadi benda batu-batu ni samalah konsepnya dengan urutan tapak kaki tu.


Jadi kak-M pun berlengah-lengah ler memijak batuan tu perlahan-lahan. Adoii aii, sakit lahai tapak kaki mak ni. Cuba nengok si Abang kemain laju dia berlari lagi atas batuan tu. Boleh ler ko ringan Abang oi. Dia dok bising, apalah Mommy ni lambat sangat.   minit berjalan diatas batuan ni mampu menyegarkan badan kita. Malam tu kak-M memang tidur nyenyak dan pagi ni bangun dengan segarnya.

Amboi! Kemain laju lagi ko Abang, mentang-mentang ler ko kecik kan Abang, ko tinggalkan mak ko kat belakang nih.. Beradui mak ko nak tamatkan satu pusingan...adui adui adui!

Do you have extraordinary aspirations?



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick