Followers

Saturday, October 20, 2012

Paprik Ayam

Alhamdulillah hari ni bangun dengan keadaan yang sihat walafiat. Apa khabar semua. Anak-anak pun tak banyak buat hal, Semuanya ok walaupun Daddy dah dua hari ke luar kawasan.

Pasgi ni kitaorang sarapan biasa-biasa jer. Tapi untuk lunch kak0M masak special sikit. Huhu special sangat lah kan. Menu hari ini alah Paprik Ayam. Mulanya tak rancang pun masak ni. Awal poagi lagi kak-M dah keluarkan ikan bawal untuk di goreng dan kemudian ayam untuk defros. Memang tak terfikir langsung nak masak apa.

Are you man enough for this?


Abang Danish dah mula tanya, ' Mummy masak apa hari ini, Abang dah lapar sangat ni'...

Biasalah mamat ni memanjang jer lapar. DIa minta kak-M masak Ayam kicap lagi katanya yang semalam tu sedap sangat. Huishhh jemu ler kalau hari-hari adik ayam kicap kan. Akhirnya tercetuslah idea untuk masak paprik ni bila kak-M nampak carrot dan kentang. Elok juga sebab tak payah dah masak sayur, Campak jer jer carrot dan kentang dalam paprik tu, lengkap. Lagipun tak der sayur mentah pun untuk di menukan.


Kak-M tak der rujuk mana-mana resepi. Cuma agak-agak tekak rasa jer. Maka terjadilah Paprik Ayam versi kak-M. Heeee. Dah hasilnya boleh tahan ler juga. Jom semak resepi yang tak seberapa ini.

Paprik Ayam

Bahan-bahan:
setengah ekor ayam di potong kecil-kecil
2 sudu besar cili mesin
1  sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu kicap manis
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih di ketuk
2 batang serai dititik
 satu labu bawang besar dibelah empat
setengah cawan air kosong
garam dan gula secukup rasa
setengah batang lobak merah
1 biji kentang 
(sayuran lain seperti jagung kecil atau cauley flower pun ok juga

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta daun kari. Masukkan serai dan gaul. Bila naik bau, masukkan semua jenis sos dan kicap serta terus gaul biar bercampur. Masukan sayuran carrot dan kentang biarkan hingga sayuran agak masak, masukan ayam dan gaul. Tunggu sehingga ayam masak dan rasakan gula serta garam.

Selamat mencuba!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...