Followers

Friday, October 12, 2012

Mati jua akhirnya

Suatu masa dulu kak-M pernah masukkan entry seumpama ini di bawa tajuk Keladi owh Keladi atau Miang-miang Keladi, macam tu ler. Hari ni kak-M nak cerita sepasu pokok keladi kak-M telah sampai ajalnya...huwaaaaa! Nangis beb memang tak dapat lagi diselamatkan, bukan kerna tangan kak-M ni yang sejuk atau panas tapi kerana memang dah sampai masanya dia nak mati. 


Memula tu kak- M dah cuba juga siram dan baja dikala daunnya makin sehelai sehelai luruh. Dan akhirnya tewas juga. Redho jer lah kan. Dah tak der rezeki lama untuk bersama kak-M. Masa operasi kemas-kemas rumah sempena open house Syawal lagi kak-M dok teragak pokok ni macam ada masalah jer. Mungkin tersusun tercelah sikit tak terkena siraman air atau munking sikit sangat air yang kena maka dia tak tahan.

Kak-M ubah dia letak bersama keladi-keladi lain. Sebelum ni dia i bawah akuarium besar. Akuarium tu hubby dah bagi kawan dia bawa ke office. Akak memang tak suka simpan benda kalau tak guna, Dah hapir setahun akuarium tu sendirian tanpa diusik, jadi sedekah jer lah kat orang lebih baik dan paling penting lapang sikit laman rumah tu.

Pokok-pokok keladi lain nampaknya masih ok. Ingat lagi mak kak-M pernah cakap, tok sah dok bela sangat lah pokok, bukannya ada masa nak jaga..hmmmm tula wanita bekerjaya kan. Tapi alhamdulillah sehingga kini kurang-kurang pun tiga hari sekali mesti kak-M siram pokok-pokok ni. Cuma ada yang satu ni hubby letak dia tengah panas udah habis terbakar daunnya , sian dia, Kak-M dah pesan pun dulu semuanya tak tahan panas. Hubby tanya takder ker pokok yang lebih cantik ada bunga ker? Wakakakakka, aisey dia komplen plak pokok aku... apa boleh buat bini dia kan suka keladi.



Yang jenis lidah mak mertua ni paling lasak. Akak amik dari rumah mak akak di Jitra nun. Hah kan? Sampai sekarang hidup. dan makin penuh pasu dah.. Syiok jer nengok depa segar dan subur. Nak menanam bebanyak pun bukanlah luas sangat laman ni. jadi ler ada sesikit buat penyeri dan penyejuk mata.


2 comments:

izzati husna said...

tengok post ni teringat kat opah .. opah suka sangat tanam bunga.

Emma said...

ya ka? Alahai, nanti raya haji balik la jumpa Opah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...