Ikan Goreng

Dalam famili kak-M yang kecil ini, Daddy dan Nuha yang paling suka makan ikan goreng. Lebih garing lebih sedap kata mereka. Sebab tu dalam setiap hidangan kak-M kena adakan juga ikan goreng.

Biasanya kak-M beli ikan ni kat pasar malam lebih murah, ikan pun nampak segar dan macam-macam pilihan. Jika tidak ke pasar akak ke kedai Pak Aji jer dekat dengan rumah akak ni untuk beli ikan dan lain-lain keperluan.

Biasanya untuk ikan goreng ini akak akan guna Ikan Kembong (orang Kedah panggil ikan termenung, kih kih kih, maybe sebab matanya yang besar nampak macam termenung je..hahah), Ikan selar kuning, ikan cencaru dan ikan bawal cermin yang kecil kecil tu.

 Nampak tak ikan-ikan kat atas tu, nampak garang kan? heeeeee

Pesediaan ikan ni memang kena betul. Ikan yang telah disiang perlu dicuci bersih sebelum disimpan dalam fridge atau freezer. Biasanya kak-M akan basuh dengan asam jawa dan garam kasar bagi menghilangkan hanyirnya. Ini petua mak kak-M lah, dia yang ajar masa kak-M kecik-kecik dulu. Bila dah bersih baru masukkan dalam bekas kecil-kecil dan simpanlah dalam peti sejuk atau peti beku.

Ikan goreng ni memang mudah sangat resepinya. Hahahah ada yang tak tau ker?. Cuma lumurkan garam dan kunyit pada seluruh badan ikan tu lah. Kemudian gorengkan dalam minyak panas yang mencukupi agar ianya masak dengan baik.

Kalau dapat makan ikan goreng ni, tak perlu makanan tambahan lain pun tak per, cuma tuangkan kicap cukup. Wah! Dah cukup menyerakan. Itulah makanan kegemaran Nuha, ikan goreng dan kicap. 


Untuk hari ini tak tau lagi lah nak goreng ikan apa. Mungkin selar kuning ler kot. Hubby pula outstation jadi tak nak masak lebih-lebih sangat. Nanti terbuang kan membazir......

Itu sahaja...dah plan masak per hari ni?

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick