Followers

Sunday, October 21, 2012

Hujan dan Payung, harap bersedia semua

Hari ni, dari tengahari lagi hujan. Kejap hujan kejap berenti, pastu hujan lagi. MUjur sempat juga kering kain baju yang kak-M basuh pagi tadi, dah selamat lipat pun. Owh ya, mujur juga Astro tak buat hal maka sempat kak-M tonton Raikan CInta di Astro Ria 104, perkahwinan Vivy Sofinas Yusof dan Fadza. Yup blgger 'Proudduck' yang cun melecun tu.

Nampaknya semua kawan pun hujan. Kat Kemaman kawan kak-M dah roger hujan jer hari hari. Kat Johor pun hujan dan Kedah juga hujan. Jadi apa nak buat, kerja tetap kena kerja. Pastikan bawa payung kemana jua anda pergi. Kak-M memang dah standby 2 kaki payung dalam kereta kat rumah pun ada juga.


Kawasan-kawasan yang ada potensi banjir kenalah berjaga-jaga sepanjang masa, kena alert juga dengan pengumuman pihak berkuasa tempatan. Agak-agak barang penting selamat kan dulu. Yer lah malang kan tak berbau. Kita merancang dan hanya Allah yang menentukan segala kejadian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...