Dah tak der jodoh

Salam siaran di pagi Ahad. Kak-M hari ni memang awal sangat bersiaran. Se awal jam 6 pagi lagi kak-M di kejutkan dengan deringan telepon. Berdebar nya hati, jangan lah ia sesuatu yang buruk. Alhamdulillah, ianya adalah panggilan dari Sahabat Kak-M, Pn Julita telah selamat melahirkan seorang anak lelaki sebenart 2.9kg jam 2 pagi lagi. Gembiranya mendengar suara seorang sahabat yang selamat melahirnya.

Pagi ni kak-M ada mendengar dari slot motivasi tajuk menyukuri nikmat Allah. Kak-M tertarik dengan sati script daru ustaz ini berkenaan suami isteri dan penceraian,

Kalau dilihat dari kebanyakan kes penceraian , ramai antara mereka menyatakan kami tak tak der jodoh. Menurut ustaz ianya adalah suatu jawapan yang tidak betul kerana seolah-olah kita telah menyalah Allah kerana salah dijodohkan. Setiap manusia di mukabumi ini, Allah taala telah pun meletakkan rezeki dan jodoh masing-masing. 

Apabila perkahwinan itu menemui penceraian, ianya bermakan, seseorang tu telah tidak bertemu dengan jodonya kerana kerana dia tidak menenuo jalan mendapatkan jodoh itu. Begitulah kiranya penerangan ustaz tu. Jika seseorang itu telah diaturkan Allah menjadi seorang jutawan tetapi tidak menjadi jutawan adalah kerana beliau tidak menemui laluan mendapatkan kekayaan itu. Wallahualam. 

Sesungguh bersyukurlah kita dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita samada ianya seperti yang kita mahukan atau un sebaliknya. Alhamdulillah. Dan jangan pernah kita putus berdoakan memohon yang terbaik buat kita kerana Allah itu adalah maha mendengar dan maha mengampunkan. Amin


Which emoticon represents you today?

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick