Followers

Saturday, October 13, 2012

Ayam Masak Lemak

Masak Lomak den hari ni. dok nunggu orang negori tak balik lagi ni ha..mano poie ha? Heeee, Cik Abang I balik dari Nilai seletah semalam berkursus di sana. Jadi masak lebih ler sikit hari ni. Tak der ler lebih mana pun, campur lauk (Asam Pedas Ikan parang tu ada lagi sekeping), maka jadi ler banyak.

Kak-M part masak lomak ni memang failed selalu, sebabtu jarang masak menu ni tapi tetap teringin nak mencuba. Dengan tekad dan semangat jitu akak masak lah hari ni. Alhamdulillah jadi ler juga walaupun tak berapa nak umphhh. Tak pedas pun sebab tak letak cili padi. Kak-M letakkan cili hidup merah dan hijau, adalah pedas ala-ala celah gigi tu..Heeeee. Sesuai lah sebab anak-anak pun nak makan juga kan.


Sebagai tambahan yang lain kak-M goreng sekor ikan selar dan sekor ikan cencaru. Akak goreng juga buncis dan carrot campur udang kering. Ringkas dan mudah menu hari ni.

Tadi Danish dah jamah sebab tak tahan lapar. Tak larat dah nak tunggu Daddy balik, lambat sangat katanya. Alhamdulillah sedap katanya, jadilah walaupun kak-M rasa tak berapa nak menjadi masakan ni tapi bila anak makan cakap sedap sejuk hati rasanya. Kira lulus lah kan. Masak pun untuk depa juga. Kalau depa suka kira ok lah kan.


4 comments:

Anonymous said...

addusss...agak2kan..guana mokcik nak slim ni..menarik sggh..byk kaler..kelmarin kaler merah..hari ni kunin plk..

BENG la pulak..(hihi)

Emma said...

HAhahaha, Ngko masak jer tengok pastu ngko buat kerja lain, bior anak dan laki kngo jer jamahnya...huhu,

Anonymous said...

haaiishh..mana aci

BENG la lagi

Emma said...

Aiseh, Beng lagi...Ngko memang terbaik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...