Apakah kita semua dah bersedia dengan bencana ini?

Masa on the way nak amik Danish di Seksyen 13 tadi, memang dah gelap sangat langit. Nampak berat betul pokok hujan. Ya Allah, jangan lah hujan dulu sampai aku selamat amik abang dari Sekolah, bukan apa kak-M takut sangat tersangkut dalam jam yang teruk kat area sini. Dah pula akak terperasan memang ramai sangat polis jaga  kiri kanan jalan.. Dah apa kes pula? Iskk kasi risau jer, rupanya ada bola yek..hahaha, teruknya aku ni tatau cerita semasa, Semi Final antara Selangor dan Kelantan..Huhuu, selamat juga akak dari jem kat situ.

Dalam keadaan langit mendung memberat gelap tu, akak terus teringatkan amaran dari MP Klang berkenaan fenomena Astronomical Tide yang dijangka berlaku pada 15 Oktober hingga 18 Oktober ini. Fenomena ini disertai dengan hujan lebat mendadak dan ribut taufan. Ya Allah kau selamat dan lindungilah kami dari kemusnahan dan bencana yang menakutkan ini.


Malam tadi pun dah macam taufan, guruh dan petir memancar-mancar. Risau nya kak-M. Di samping kita beringat-ingat ni, kena juga buat persiapan stok makanan, susu anak dan pampers segala. Manatau kalau terperangkap dan terputus hubungan dek banjir jadi tak terlepas nak ke kedai. 

Semoga kita semua di bawa lindungannya. Amin

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick