Followers

Monday, September 24, 2012

Semakin baik nampaknya

Kalau dah sihat lain pula jadinya. Mungkin dia sendiri terasa dia makin kuat. Ajar mommy jalan kat luar. Jomlah! Jomlah! dok menunjuk pintu ajak keluar dari bilik..heee. Mommy pun kena lah tukar baju langsung ikut dia jalan-jalan kat luar. Sunyi jer wad kanak-kanak sini. Masih banyak bilik yang kosong.

Apapun cantik wad kanak-kanak sini. Pandai dorang design sesuai dengan jiwa kanak-kanak. Memang design kena bersesuaian untuk orang sakit. Design jer pun boleh menyembuhkan .heee. sebab tu memang jadi peranan penting interior design ni berfikir rekabentuk macam mana yang dapat mewujudkan suasana penyembuhan, tenang dan selesa.




Memang laju jer dia jalan, sana-sini nak dihalanya. Jenuh ler mommy dok ikut dari belakang. Habis semua bilik pesakit lain pun dia ketuk..hihihi...Dulu ada satu bilik yang paling hujung dijadikan play room. Tapi dah convert jadi bilik double pula. Insgat tadi nak bawa dia main kat situ. Nampaknya kenalah ulang-alik lari along the corridor jer lah. Agak-agak dah bosan masuk bilik sendiri le pulak, layan ler ipad. mujur sekarang dah ada wifi sini jadi tak ler dia boring, boleh on jer you tube tu nengok upin-ipin.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...