Rendang Ayam

Semalam ada 2 jemputan lagi, tapi kak-M cuma attend satu jemputan jer. Yang satu tu hantar hubby jer wakil. Heheheh sebab apa tau, sebab semua terbangun lewat, alahai lecehnya nak menyiapkan askar-askar ni, nak pula bila dah bangun semuanya mengadap kartun owh la la memang liat la nak suruh mandi.

Jadi sebagai breakfast anak-anak dihari minggu, kak-M pepagi lagi dah start kereta pi beli Nasi Lemak. Depa ni memang berantu makan nasi lemak. Sampai kemalam pun boleh jer. Kak-M memang berkenan sangat dengan nasi lemak retoran gembira seksyen 3 ni. heee kalau makan tu memang gembira jer sepanjang hari..huhuhu. Sambal bawangnya memang sedap seh. Nasi lemak ni kalau dapat sambal yang sedap memang orang akan berulang membeli kan? Nampak pula ada cakoi kat situ, belikalah cakoi 2 hengget untuk anak dara kesayangan.

Balik jer rumah, kekanak ni memang setia teguh di depan TV dok melayan kartun. Hehehe, macam tu la aktiviti di hujung minggu, adik-beradik ni kalau dapat nengok kartun memang tak berganjak. Kak-M macam biasa terus jer hidangkan sarapan. Owh teringat pula Nuha nak teh tarik. Jadi Teh Tarik seteko mak ko hidangkan nak..kih kih kih.

Walaupun anak-anak dan bapanya suka nasi lemak, kak-M ni tak sangat. Kak-M lebih suka makan kuih muih gitu. Jadi akak panaskan akok yang bonda mertua bagi semalam tu. Pastu ada laksam lagi, aku panaskan juga, Dan ada lemang weh jiran sebelah bagi tiga batang tu, huhu aku keluarkan dan hidangkan. Elok pula ada rendang ayam yang aku buat 3 hari lepas..apalagi kena sangatlah dengan lemang tu kan. Hah ko, tak ke penuh meja. Kalau dok simpan dalam fridge tu memang keras membeku pastu akhirnya masuk cik tong jer lah. 


Al kisah menu rendang tu, akak sebenarnya prepare untuk pagi Syawal, sekali bonda mertua dah order dari kawan dia, agaknya tak yakin kot menantunya ini masak rendang..hahaha, tak per lah, rencahnya  tu masuk fridge je. Jadi 3 hari lepas tergerak pula hati nak merendang  sesaja then bekukan kot2 nak makan boleh defros je kan. 

Rendang ayam ni kak-M ikut resepi mak menakan. Memang rendang Selangor lah kot yer. Cuma kak-M tak letak hirisan daun kunyit sebab tak der stok. Lelain punya bahan sama jer. Rasanya sama jer konsep masak rendang kan. Apapun meh layan resepinya.


Rendang Ayam

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg pati santan [1 biji kelapa]
Garam
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit  (dihiris)
2 batang serai dititik

Bahan untuk dimesin
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
20 cili kering

Ha, lebih kurang lah yer bahan-bahanya. Sebab bila memasak tu agak-agak jer lah sesedap rasa. Macam biasa bila minyak dah panas, tumiskan lah bahan-bahan yang dimesin tu sehingga masak dan naik baunya. Lepas tu titikkan serai dan gaul, masukkan ayam dah gaul rata, biar agak masak dan masukkan santan, rasakan garamnya, biarkan ianya reneh dan akhir sekali masukkan kerisik. (ada juga kaedah yang goreng dulu ayam separuh masak untuk mengelakkan cepat basi).

Masak rendang ni tak susah pun, cuma banyak bahan jer digunakan, bila semua dah ready senang jer pun. Cuma kena sabar lah sebab ia mengambil masa agak lama untuk menjadikan rasa rendang tu enak dan semua bahan betul-betul masak. Pastu bolehlah dihidangkan. Kalau simpan dalam freezer pun okey. Enak dimakan dengan nasi impit, rendang, ketupat, nasi putih, nasi minyak dan roti. heee, selamat merendang ya.



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick