Followers

Monday, September 24, 2012

Semoga cepat sembuh sayangku

Malam tadi muntah kahak teruk juga mamat ni, sampai menitis air mata dia..loya sangat tekaknya, terbatuk-batuk sampai muntah. Doktor cakap bagus kalau dia muntah sebab kahak tu dapat dikelaurkan secara semula jadi. Ada demam sikit lah 37.8 celcius. Pastu nurse datang bagi nebuliser every 3 hours. Pastu dia pun lena nyenyak. Bangun kejap dalam jam 3 pagi minta susu. Susu pun doktor suruh bancuh cari supaya dia tak loya nanti. Tapi bagi dia minum kerap.


Inilah yang pepatah orang putih cakap 'sleep like a baby'...heee sebab kalau nengokkan baby tidur memang nyenyak..sedap jer lenanya sampai ke pagi.....kata orang tua, bom jatuh pun tak sedar.

Walaupun begitu nyenyak tidornya, Mommy tetap tak lena, sesekali dok rasa juga badannya, sebab kalau terlalu panas kena inform pada nurse yang bertugas. Alhadulilah sampai ke padi dia tak demam. MOga bertambah baik kesihatannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...