Followers

Sunday, September 9, 2012

Layannnnnnn.......

Malam tadi hubby ajak keluar sekali hantarkan Danish ke tusyen. Kak-M ni memang ler malas benau nak keluar rumah memalam. Hubby nak ajak ke Tesco cari barang sikit. Aku ni bukannya apa, nak menyalin baju, buat bekal susu anak, aisehhh mak nenek kan? Heee, tapikan udah suami terchenta dah menagajak maka ku turut perintah ler saja.

Lebih kurang jam 8.30 dah sampai Tesco. Sebenarnya nak mencari mentol jer. Hubby cakap mentol dah Tesco nih lebih murah compare dari beli di kedai hardware. walaupun reganya kurang dua henggent ianya tetapi di kira murah lah kan? Hah..betui lah murah, dah memang kerja dia dok survey rega mentol nya. Dalam dok tercari-cari mentol ni, anak kecik ni dah meronta nak turun dari trolly, tahu jer lah mamat ni memang ribut taufan juga, tu pasal aku malas jer nak keluar memalam ni. Tapi dah anak kan, ku layan kan saja. Biar bapanya cari mentol, mak nya layankan anak.


Dok terkejar-kejar ler maknya nih ikut anak dari belakang, Sekali Nuha cakap, habis lah mummy dia nak nampak basikal..Hah! Dok pikir cemana nanti nak ajak balik nih kalau dah melekat dengan basikal ni. Tak per lah, biarlah dia dok main dengan basikal tu asalkan dia tak ribut taufan kan?


Hah! si kakak pun sama naik gak, dok layan basikal tu. Pastukan mamat ni jumpa pula bola, dah satu hal dok sepak bola lorong ke lorong, siap masuk bawah rak, dok kuis dengan kaki dia nak amik bola tu..huhu, penat weh dok kejar mamat ni.

Dah penat sepak bola, sambung main basikal lagi..hahaah, adoilah anak oi....Memang takkan puas main depa ni. Kalau dapat basikal huh memang lama ler kat situ


 Pastu dah terdengar bapanya terpanggil-panggil, ajak ke section lain plak. Nak memujuk ni satu hal pula. Tetiba si Nuha nak terkencing plak. alahai, dah bawa dia ketoilet aku pass kan mamat ke bapanya. Hahahah, meraung meronta ler nak main basikal kan. hehhehe, pastu terus kitaorang ke kaunter pembayaran. Sebelum turun tangga bergerak tu, ah nampak pula menatang gedik-gedik nih, ha layan lagi, bapanya masukkkan 50sen, maka tunggu lah kami 10 minit menatang tu dok gedik-gedik. Pastu dah stop cakap dia kena charge..hahah, mujur dia ok..


Lebih kurang 10.00 malam jugalah balik. Mujur aunty ada untuk pick up Abang dari tusyen. Daddy dah kelaparan, singgah pula kedai nasi kandaq, katanya tu jer yang paling cepat, kalau kedai tomyam nak tunggu order plak kan. Hah! Layannnnnn.

Kalau driving tu akan memang melayan ker ERA fm..ni ha, nak menangi wang tunai? Nantikan isyarat panggilan ERAvengers yang berlangsung setiap jam. Teka nama lagu hit yang dimainkan dan nama artis pilihan ERAvengers, dan anda akan diselamatkan! Bagilah ERAvengers peluang menjadi Hero Ringgit Malaysia anda!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...