Followers

Tuesday, September 25, 2012

Drip

Inilah balutan tangan yang kak-M sangat ngeri nak nengok depa buat sebelum masuk ward tu. Aduhai memang aku tau sakit weiii ada jarum masuk celah kulit tu then salurkan ke urat darah terus.

Sebabkan Ahmad muntah banyak kali jadi darahnya pun dah jadi terlalu pekat, dah dorang inform ini petanda kurang air. Jadi doktor suruh drip lah. 


Memang harus lah tunggu mamat ni tidur..Kemain payah ;la weii nak menjaga segala wayar-wayar berselirat ni. Wayar drip, wayar nurse call, wayar remote TV..haish terbelit-belit.. Dan mamat ni pun satu kemain melasak dia kalau tidur. Maknanya malam tu aku memang tak tidur lah.


Lebih kurang dalam 4 jam kot drip air tu, tak banyak sangat pun, lepas kena nebulise jam 4 pagi dia dah mula batuk termuntah-muntah..aduhai. Aku panggil jer nurse tu datang untuk buka dulu drip tu , manatau nanti terlucut pula wayar tu lagi haru kan. Lepas tu sampai hari ni pun tak sambung balik drip tu..heee. Tapi ok sebab Ahmad memang dah mula minum susu banyak. Dan banyak kali jugalah aku dok salin nappy dia yang memang cepat jer memberat penuh urine. Pagi tadi pun dah bocor, habis cadar.

Hari ni doktor ada cakap yang balutan pada tangan tu dah boleh buka. Aku memang lega sangat rasanya sebab Ahmad memang sangat tak selesa dengan tangan dia yang berbalut tu. Tangan kanan pula tu. Dia paling hangin dia susah nak touch ipad..huhuu. Sabar yer nak....nak baik cepat kan kenalah bertahan....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...