Buah Tangan Buat Teman

Sabtu ni, incik hubby kena kerja ada urusan di pejabat tengahari katanya. Jadi mommy tingal di rumah dengan anak-anak. Danish ada tusyen sepatutnya petang ni tapi dah tukar jadual pula. Malam ni pula ada jemputan majlis makan malam di rumah sahabat, jadi hubby minta kami bersiap sebab lepas tu terus nak balik bermalam di Klang.

Tak der apa sangat yang kak-M masak untuk hari ni, sebab lauk semalam masih banyak. Untuk sarapan kak-M cuma gorengkan nasi goreng kampung untuk Danish. Habis ler dua kali dia dok ulang makan tu. Ahmad masih lagi selsema tapi temperature dah ok, insyaAllah bertambah baik kesihatannya.


Sambil-sambil kemas dapur tadi terjumpa pula satu pek adunan kek coklat yang masih belum expires. hehehe, hah! mula lah tu kepala ni nak memprojek kan adunan tu. Kak-M terpikir juga untuk bawa buah tangan untuk kenduri kat rumah sahabat malam ni. Jadi elok juga buat kek coklat ni. Tapikan topping tak der bahan ler pula..hiskkk! Cemano nih?.

Teringat ler pula kak-M ada beli silikon mould bentuk love masa jalan-jalan di The Curve baru-baru ni. Heehhehe, jadi apa kata dia buatkan kek coklat bentuk love pula.


Kalau tak der pek adunan coklat kek yang sama macam kak-M guna nih, boleh jer google mana-mana resepi kek coklat kukus, mesti jadi punyalah kan?

Alooo!, No! No! No!, Sila jangan order dari I tau..Heeee, ni ada masa terluang jadi akak mencuba. Nak berniaga idak ler pula. Tapi serius akak cakap memang senang sangat, sekali kukus dalam 15 minit jer macam tu. Yang paling best acuan silikon tu sangat senang nak tanggalkan kek di dalamnya. Lain kali nak cari bentuk lain pula.

Satu pek tu sedang elok muat satu bekas plastik ni. Heee nak menarik lagi kita ikat nya dengan riben..Jeng! Jeng! Jeng!.....amacam?


Comments

SABARINA said…
mati2 aku ingatkan cekodoks
emma marini said…
keh keh keh....ok gak kalau dapat cekodok bentuk love gini..heee
Anonymous said…
uisshh..kenapa rupa I labiu..nak kena buat jugaklah, kami dah merajuk nak membaking. bebudak tu dah jemu..jenis nih kak M pakai minyak masak tu ka?


Naziah Lawa (eheh)
emma marini said…
ha, pakai minyak masak....senang jer...boleh ler kalau nak buah buah tangan kan...

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick