Bihun Goreng Singapore

Malam ni dok tunggu mak mertua. Katanya nak datang dengan kawannya. Nak hangkut bekas makanan segala. Alah, masa open house dulu tu, kami order dari kawan mertua jadi bekas-bekasnya masih ada disini. Minggu lepas nak pergi hantar tapi dorang pula tak der. Jadi kita simpanlah di sini.

Biasalah mertua ni memang selalunya datang malam sebab waktu siangnya memang penuh dengan aktiviti yang macam-macam. Dia cakap tadi nak datang lepas isyak. Jadi Nuha awal-awal lagi dah buka langkah kemaskan rumah. Wah! Memang rajin sangat anak dara ni. Kata Nuha biar dia kemas rumah, mummy pegi masak kat dapur. Alhamdulillah dah boleh harap anakanda yang sorang ni.

Macam biasa, kalau ada yang berkunjung ke rumah terkejut tergempar macam ni, paling mudah ialah bihun goreng.Hahahh! Itulah menu hebat dari teratak kak-M ni. Kali ni nak buat kelainan lah sikit. Kak-M sediakan Bihun Goreng Singapore. Entah ler dari mana datangnya nama menu ni. Agaknya asal-usul resepinya adalah dari Singapore.


Bab bahan mentah memang kak-M selalu simpan dan sentiasa ada jer dalam freezer tu. Kali ni kak-M letakkan udang dan sotong. Nak tunggu ayam defros lambat sangat kan. Pastu akak dadarkan telur dan potong serta tabur di atasnya. Tambah pula dengan bawang merah goreng..heee, ringkas dan mudah sangat.

Menu lainya kak-M gorengkan 6 biji karipap juga dari stok frozen. Tu lah, benda-benda macam ni memang berguna sangat di kala kecemasan begini. InsyaAllah sapa saja yang datang berkunjung ke rumah kami akan kami hidangkan sesuatu. Paling lekeh pun keropok ikan dari terengganu tu..heee, cicah dengan soso cili atau tomato. ok ler kan?

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick