Followers

Friday, September 21, 2012

Asam Pedas Ikan Susu

Masak per hari ni? Hehhe! Hari ni akak half day, jadi balik rumah memang kat dapur jer. Akak keluarkan sesiap bahan-bahan mentah yang nak di masak.


Memang lama dah nak masak ikan susu ni. Tapi tatau nak masak per? Korang pernah makan ikan susu. Akak beli ikan di di Pasar Malam Seksyen 7. Saja nak cuba sebab asik-asik makan ikan yang sama jer kan, cencaru, kembong, bawal dan selar...jemu juga kan? Kali ni nak cuba masak asam pedas, walaupun sebenarnya asam pedas bukanlah kegemaran kami. Heeee, punyalah boring kan dok makan kari, masak kicap, masak lemak, jadi hari ni kita asam pedaskan ikan susu tu.

Tinggilah ler hajatnya nak meng asam pedaskan ikan susu kan, tapi daun kesum pun trak, bunga kantan pun tarak dan bendi pun tarak, ada yang ada aku leburkan jer, nampak kosong jer ikan-ikan sendirian dalam mangkuk.Heheheheh!. Kalau masak asam pedas ni memang akak guna cara Cik Mat Gebu dari Dapur Tanpa Sempadan. huhu sesila ler korang google ke sana yer. Memang menjadi weh! Kalau le ada bahan-bahan sampingan lain kan hehehe bertambah meletops i tell you, macam cik Mat cakap buleh pengsan!



Apapun okay ler juga masakan ni..huhu masuk bakul nampak? Walau pun tak berap luak sekurangnya kita berjaya mencuba sesuatu yang baru. :)

sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...