Followers

Thursday, August 9, 2012

Menu Versi Pencak SIlat...hehehe

Dah makin hampir Aidil Fitri kan, makin melambak pulak kerja kat office. Dan rancang pun nak cuti lebih awal, isk dapat kah?. Ramai juga lagi yang masih ke office, sebab parking kereta memang penuh. Sakan yer puak-puak ni bekerja. Aku je ker yang dok pikir nak raya?.Ahahahah teruk sungguh mak nih. Apa boleh buat macam-macam dalam kepala neh. Satu hapa pun tak mula lagik.

Dua tiga hari ni berbengkel program baru. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Hari ni kira selesai dah bengkel tu. Tup-tup dapt SMS ada pula meeting lain esok pagi. Haruslah aku ponteng yer tuan puan. Otak pun dah rejek tak kuasa lagi nak layan meeting segala. Cukup-cukup lah tu, bagi masa untuk tubuh berehat seketika.

Balik dari office tadi lebih kurang jam 4.00, ambl abang dari sekolah lah dulu kan, pastu amik yang lagi dua orang tu. Daddynya berbuka kat luar today jadi mak ler kena hangkut anak balik dari sekolah. Dok sembang-sembang dengan abang masa dalam kereta, katanya nak makan ayam kicap for today. Owh bereh , mummy suka benar kalau masak tu. Mudah sesangat.

Sampai jer rumah kak-M keluarkan semua beg-beg sekolah anak. Tengok jam baru pukul 5 petang. Sebelum tu dah keluarkan dulu segala ayam, sotong dan sayuran untuk menu berbuka. Akak ke ruang tamu layan anak-anak jap sambil nonton. Sekali aku tertido. Sedar-sedar dah jalm 6.45 petang. Mak aii melompat terus ke dapur goreng ayam. Mau waktu tu berpencak silat mak neh. Huh! dah tak jawab dah apa soklan anak tanya. Memang concentrate habis memasak.  Grrrr...sempat ke neh. Nasi tu kak-M panas kan jer semalam pnya sebab lebih agak banyak, ckup untuk 3 orang makan. Elok jer akak goreng telur dah kedengaran azan. Abang dah berlari-lari anak ke dapur, 

Mummy! dah Azan!...okey-okey, jom makan, cepat baca doa. 

Semua amik tempat baca doa dan makan. Sekali Ahmad Darwish pun sibuk nak dok kerusi baby dia tu join our Iftar..huhuu.. Kelam-kabut habis rasanya waktu tu. Tapi melihatkan anak-anak makan dengan begitu berselera, hilang segala kepenatan bersilat tadi.

Ehemmm, sedaplah Mummy!, Nanti sahur abang nak makan ni lagi tau.

Tu dia, kalau dah suka 4 kali ulang makan pun tak pa...mummy pun senang hati.

Ni lah dia lauk pauk yang sempat kak-M hidangkan buat menu berbuka hari ini ya. Huhu, versi pencak silat punya. Tapi kan rasanya not bad tau....:)

 Sotong goreng kunyit

Ayam Goreng Kicap

 Alhamdulillah semuanya makan dengan penuh selera. Ayam kicap ni memang kegemaran semua. Sotong tu akak goreng kunyit biasa je. Sedap juga hasilnya. Hahahha. tu dia letih punya pasai kan, mujur ler tersedar 6.45, kalau 7.45..hahha mau minum ayaq kosong saja.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...