Menu berbuka tetap seperti biasa.....

Tiga hari jer lagi nak berpuaa kan? Kak-M masih setia ke office macam biasa. Tapi hari ni memang sunyi sungguh suasanya, kereta macam banyak lagi tapi orangnya tah mana-mana. Mungkin depa park jer kot kat office pastu pool ke PKNS hahahah. Yer betul, memang sunyi sangat.

Macam biasa kak-M siapkan sahaja mana-mana kerja yang perlu sebelum bercuti panjang. Tengahari tu keluar sekejap, kekonon nak ke PKNS cari tudung. Pagi lagi tokeh baju dah bawa baju i tu. Hehe, siap juga akhirnya baju I tu. Jadi bawa ler baju tu ke PKNS nak matchkan tudungnya. Dah sampai sana memang sangat kuciwa..punyalah penuh parking, 2 kali akak tawaf masih tak dapat parking. Akhirnya akak pusing balik ke area Jakel tu. Teringat dalam Gulatis tu ada juga koleksi tudung yang menarik. 

Hmmm memang tepat keputusan kak-M, dah dapat tudung yang matching dengan baju, terus masuk office semula. Sambung lah lagi mana-mana yang perlu dan akhirnya kak-M kemaskan meja kerja kak-M tu biar nampak lebih tersusun.


Balik rumah dok pikir plak nak masak apa yer. Iskkk! Kena tetap masak juga sebab anak bujang tu memang nak mummy masak. Okeh paling mudah nasi goreng kampung lah. Abang Danish kalau dapat nasi goreng kampung memang la senyum melebar. Makan pula dengan drummet Ayamas. Husih! Memang lah bertambah makannya. Akak masak juga kari ayam dan sayur campur. Pastu telur mata dan drummet goreng. Akak goreng sikit spring roll. Siap!




Hubby bawa balik pula dua mangkuk bubur lambuk, katanya masjid yang bagi. Alhamdulillah rezeki kita. Pastu jiran depan rumah datang hantar lasagna pula. Terima kasih lah semua. Memang rezeki ramadhan ni semuanya.


Walaupun hanya tinggal 3 hari jer, masak tetap masak, ada lebih suka beli jer sebab dah malas nak berkecah di dapur. Akak pula sebab teringatkan anak bujang tu berpuasa kan, memang hari-hari kena tanya apa dia nak makan. Hari ni tak mau dah pegi pasar dengan Daddy. Agaknya letih benar. Bila dengar pula mummy nak masak nasi goreng..kemain suka dia. Begitulah kiranya cerita hari ini.....

Comments

THE AUTHOR said…
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!
Selamat bercuti dan jika pulang ke kampug hati-hati di jalanraya
Blog aku pun cuti gak ….hehhheeh
Tapi entri tetap ada sepanjang hari..
Cuma tak ler blogwalking …hahahahah
Selamat Hari Raya
emma marini said…
Yer Hanif SHR juga dari kami sekeluarga

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick