Followers

Sunday, July 15, 2012

Sedap tak terkata Rendang Palembang

Balik dari wedding tadi semua jadi lemau, penat nak mampuih. Tergolek dok semuanya. Ahmad Darwish masih dedau lagi badannya. Kak-M mandikan dia pastu bagi ubat demam, pastu susu pastu terus tido.

Kak-M pun amik peluang melepek sama. Dua kali lima saja mak dengan anak, lekeh sungguh.  Dah sudah mandi manda tu baru ler mula mula masuk dapuq. Sib baik singki kosong semangat sket aku nak masak. Pikiaq punya pkiaq kak-M amik keputusan untuk masak rendang palembang. Lama sungguh tak masak menu ni.

Rendang Palembang ni kak-M belajar dari mak menakan suami kak-M yang dok di Klang nun. Dia memang pandai masak tunggu tak masuk master chef saja kih kih kih. Kak-M belajar pun tak official, sambil-sambil dia masak akak menyelit ler tanya-tanya, tumis apa, masuk apa, brapa lama..ha cam tu lah. Pastu balik cuba, beberapa kali cuba baru lah dapat rasa yang enak.


Kak-M memang tak pasti resepi asal masakan ini dari mana. Mungkin juga dari Palembang (erkk teringat pula citer Parameswara tu..hihihi). Masakan ini memang menggunakan banyak bawang. Apapun jom kita layan resepi tak seberapa dari kak-M ya.

Rendang Ayam Palembang

6 Ketul ayam di potong sedang besar.
4 sudu cili kering di mesin bersama sebatang serai, 3 ulas bawang putih dan sebiji bawang besar.
1 biji bawang besar di potong kecil-kecil
1 biji bawang besar di potong gelangan
buah pelaga dan kayu manis serta daun kari
1 batang serai dititik
Minyak untuk menumis
1 cawan santan kelapa
2 susu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
Garam dan gula secukup rasa




Cara-cara:
Panaskan minyak , tumiskan buah pelaga, kayu manis , daun kari serta bawang besar yang dihiris kecil-kecil dan sebatang serai yang dititik sehinggalah naik bau wanginya. Masukkan bahan kisar dan biarkan hingga cilinya sedikit masak. Masukkan kicap manis dan kicap masin serta ayam (kalu boleh goreng dulu ayam separuh masak). Gaulkan biar bercampur semuanya dan akhir sekali masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Taburkan hirisan bawang besar gelangan dan kacau . Biarkan ia mendidik sikit dan tutup api. Memang Ummph! Anak-anak kecil pun suka sebab tak begitu pedas.

2 comments:

SABARINA said...

aku tak pernah masak lauk ni lagi, bulan posa ni boleh la try kot

Emma said...

hee, budak budak ni suka juga, maybe sebab asasnya kicap..hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...