Puding Cocktail

Lama juga tak memuding. Tak berapa terasa nak makan puding. Sejak dok puasa ganti ni, mood lebih kepada nak makan nasi berlauk. Bukannya tak der manisan dalam rumah ni, tak luak pun. 

Tetiba pula akak memuding, eh apa kes nih...heee, Kesnya sebab akak beli cawan ais yang comel. Keh keh keh. sesaja syiok melihatkan bentuk cawan yang comel itu. Kawan plestik jer pun kisahnya. Tapi anak-anak suka pula , cantik katanya. Jadi akak pun terrpikir untuk meuding lah. Puding akak ni cuma satu jer. memang sejak zaman belum kawin lagi memang itu jer lah puding yang akak buat, sampaikan menetap empat tahun di Manchester UK dulu pun puding tu juga akak buat. Hehehhe. 

Cumanya sekarang ni, dah ada serbuk agar-agar jadi proses nak memuding tu lebih lancar, mudah dan pantas. Kalau dulu, masak gak dok menunggu agar-agar itu mencair kan?


Tak susah pun buat puding ni. Cukup bahan jer jalan..lalallla. Untuk resepi sila semak di bawah yer

Puding Cocktail


Bahan-bahan
I peket serbuk agar-agar saiz kecil
5 Sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung kastard
1 tin kecil fuit cocktail
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur ayam (tak kisah saiz apa pun)
1 tin susu cair (akak guna Ideal)



Cara-Cara:
Didihkan agar-agar bersama 3 cawan air sehingga cair serbuknya. kalau tak nak keras boleh tambahkan secawan lagi. Masukkan gula dan biarkan ia melarut sambil di kacau-kacau. Susu Cair, telur dan tepung kastard di blend dahulu hingga sebati dan tuangkan ke dalam larutan agar-agar dan gula tadi. Kacau sentiasa sehingga campuran menjadi sedikit pekat. Kemudia tutup api dan tuaangkan ke dalam belas pilihan kalian. Apabila puding mengeras sudukan fuit cocktail ke atas nya. Sedap di makan setelah ia dikeluarkan dari peti sejuk. Nyaman jer. Kalau nak boleh press cream ke atasnya. Ala-ala aice blended gitu.

Eh apa citer GA kita yer...erkkk udah soalan ke brapa yer..jom terjah 

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick