Nisfu Syaaban yang ditunggu

Bila masuk jer bulan Syaaban, menandakan kita sudah semakin hampir dengan Rmadhan al-mubarak. Yang puasa belum ganti (macam kak-M ni, heheh) silalah beringat untuk cepat-cepat gantikan puasa tu. Anatar hari istimewa yang ditunggu dalam bulan ini adalah Nisfu Syaaban.

Nisfu itu bereti setengah, maka Nisfu Syaban berlaku pada pertengahan bulan Syaaban iaitu pada hari ke-15. Nisfu Syabaan ni samalah dengan malam Lailatul qadar yang ditunggu-tunggu dalam bulan Ramashan tu. Sungguh besar fashilatnya jika dapat beribadah lebih pada hari tersebut.

Menurut sumber, hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

Jadi dalam perkiraan kalendar inggeris, 4 July 2012 adalah hari ke 14 dan selepas maghrib telah masuk hari ke 15, maka disebelah malamnya marilah sama-sama kita berdoa, beribadah kepadaNYA.

Antara lain yang di sarankan dilakukan pada bulan Syaaban ini ialah:
Berpuasa sunat
Membanyakkan zikir, doa dan bersalawat
Bertaubat
 

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick