Followers

Thursday, July 5, 2012

Nasi Goreng Kerabu

Kekadang kan rasa melampau juga tekak ni, macam-macam nak telan. Hari ni Tekak kata nak makan nasi goreng kerabu..huhuu. Tak pasal-pasal kak-M kena singgah kedai pak haji beli sikit sayuran dan ulaman untuk rencah nasi goreng ni.


Lama juga kak-M tak makan nasi goreng kerabu ni. Selalu dulu zaman belajar kalau lepak malam -malam dengan kawan mesti order nasi ni. Memang suka sangat. Ini kira percubaan pertama kak-M masak nasi goreng kerabu ni.

Hari ni kak-M berbuka berteman. Abang Danish teman mummy puasa. Alhamdulillah mudah betul nak ajak dia turut berpuasa. Ok saja dia. Masa balik tadi dia dok cerita ramai kawan-kawan dia kat sekolah pun berpuasa hari ni. Bila tanya nak makan apa berbuka nanti, jawabnya nasi goreng kampung pun boleh lah. Macam biasa lah nasi goreng warna merah tu memang kesukaannya. 

Sebelum ambik Nuha dan Darwish dari taska kak-M ajak danish singgah kedai pak haji untuk beli ulam sikit. Masa nak bayar tu tercari cari dompet..Owh mana pulak lah dompet aku ni. Baru teringat tertinggat kat office atas printer. Makk aiii dah panik sekejap. Mujur seluk sana sini dalam handbag tu ada saki baki duit kak-M campak-campak hahaha, selamat sudah. 


Untuk Danish mummy gorengkan nasi goreng kampung kanak-kanak..sebab dia punya version tarak sayuq. Heee. rencah mesin sama saja, cili kering, ikan bilis, sedikit belacan, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan, pecah telur, kacau-kacau dan masukkan nasi dan gaul. Nasi tu biar sejuk dulu lah baru cantik berderai bila menggorengnya.

Dan rencah mesin yang sama kak-M guna pula untuk Nasi Goreng Kerabu. Cuma tak pecah telur jer, bila bahan tumisan tu dah naik bau terus masukkan nasi dah gaul rata dan masukan hirisan serai, hirisan bungan kantan, hirisan kacang panjang, hirisan bawang dan gaul lagi. Kak-M ada tumbuk/ketuk 3 ke 4 biji cili padi buat rasa pedas pedas sikit. Hmmm masa sedang menggorengkan tu Danish masuk dapur. Tersenyum-senyum dok tanya mummy dah siap masak ka? Heee dah tak tahan baunya sedap sangat lah..heee.

Alhamdulillah habis Danish makan bahagiannya bertambah-tambah lagi.Gembiranya hati seorang ibu dapat menjamu anak makan macam ni. Sedap kata Danish. Untuk Nasi Goreng Kerabu pula elok juga dihidangkan bersama ikan bilis goreng, ayam goreng dan keropok ikan....memang terangkat!



2 comments:

SABARINA said...

muahahaha...sile kawal selera anda...muahahahahha...tips hot tips...lepas hang makan elok kalau minum air tea tu banyak2 yer....kasi buang semua yg berminyak insyallah...tryla panas2 suam

Emma said...

ha..betui..satu liter aku bancuh tea tu....kira sekali jer la i makan kalau puasa macam ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...